Ramai orang perasan satu benda setiap kali Ramadan datang. Bila tiba Ramadan, terutama awal Ramadan, masjid penuh, Al Quran dibaca sampai mampu khatam sehari 1 juzuk sebab ada target nak khatam 30 juzuk dalam sebulan, hati rasa lembut. Tapi peliknya bila Ramadan berlalu, suasana itu hilang perlahan-lahan. Ibadah yang dulu terasa ringan jadi berat semula. Ini bukan sebab Ramadan sahaja yang hebat, tapi sebab kita sendiri masuk ke dalam bulan itu tanpa betulkan niat dan hati dari awal.
Allah jelaskan tujuan puasa dalam Surah Al Baqarah ayat 183 iaitu supaya kita menjadi orang yang bertaqwa. Maknanya puasa bukan sekadar tahan lapar dan dahaga. Ia (madrahsah) medan latihan membina hati yang sedar Allah sentiasa melihat kita so kita kena buat apa yang Allah suka je dan tinggalkan apa yang Dia larang. Kalau puasa tapi masih suka mengumpat, marah atau lalai dengan media sosial, itu tanda kita hanya ambil kulit puasa, bukan isi sebenar puasa.
Punca utama kenapa kesan Ramadan tak kekal sebenarnya satu sahaja iaitu dosa. Ramai sangka susah nak buat ibadah sebab gangguan syaitan, padahal ulama selalu ingatkan dosa sendiri yang jadi penghalang terbesar. Hati yang penuh dosa ibarat pintu terkunci. Nak masuk cahaya kebaikan pun susah.
Bayangkan kita ada bekas makanan yang kotor. Kalau kita isi makanan sedap sekalipun, makanan itu tetap akan tercemar sebab bekasnya tak dibersihkan. Begitulah hati manusia. Ramadan ibarat makanan yang bersih dan suci, tapi kalau hati masih kotor dengan dosa lama, kesan kebaikan itu tak dapat bertahan lama.
Sebab itu langkah pertama nak jadi orang bertaqwa ialah taubat. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa setiap anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah yang bertaubat. Taubat membersihkan hati supaya ibadah mudah masuk dan memberi kesan utk kita. Tanpa taubat, kita hanya tukar suasana, bukan tukar diri.
Ramadan sebenarnya peluang cuci hati (tazkiyah nafs), bukan sekadar tambah amalan. Kalau kita masuk Ramadan dengan usaha buang dosa, jaga mata, lidah dan hati, insyaAllah kesannya akan terus hidup walaupun bulan itu sudah berlalu. Bukan Ramadan yang berubah, tapi kita yang akhirnya benar benar berubah.
Walaupun sekarang kita sudah masuk di bulan Ramadan, malah dah melepasi suku daripadanya, kita masih ada masa untuk bertaubat. Takkan terlamat untuk orang yang dah mula, mulakan terus bila berpeluang. Moga Ramadan tahun ini menjadi Ramadan yang terbaik untuk kita semua. Allahumma amin
Comments