Pengenalan

Image
YAYASAN KEBAJIKAN ISLAM AT-TIBYAN (Yayasan Kebajikan At-Tibyan) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 11 Julai 2000 adalah sebuah yayasan untuk memberikan manfaat kepada Ummah Islam dengan matlamat utama untuk memupuk, membangun dan meningkatkan pendidikan, mengasaskan dan mengekalkan keilmuan dan memberi bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim, OKU, faqir dan mereka yang ditimpa musibah.

Visi

Bercita-cita untuk membantu Ummah dalam menyelesaikan masalah mereka yang berkaitan dengan ketakwaan, jiwa dan akhlak, intelek dan sosial.

Misi

Tanggungjawab terhadap kemanusiaan demi agama, bangsa dan negara.

Objektif

Membantu dari segi kewangan kepada individu, organisasi yang menjalankan aktiviti Dakwah dan usaha memartabatkan dakwah Islamiah.