RAMADHAN 2025 IS COMING!
OUR SMART PARTNERS
Enlighten Minds | Building Bridge | Inspiring Change
Street Dakwah
MENYAMPAIKAN MESEJ DI JALAN
Dengan tema “The Purpose of Life”, kami cuba menyampaikan mesej tentang tujuan sebenar hidup sebagai insan. Bukan sekadar wujud di dunia, tapi untuk mengabdikan diri kepada Allah dengan cara yang menyeluruh – buat apa yang Dia perintah, tinggal apa yang Dia larang. Antara momen yang paling bermakna ialah interaksi dengan masyarakat setempat. Ramai yang bertanya soalan tentang Islam dan kami cuba jawab dengan kasih sayang dan senyuman. Inilah dakwah – menyeru dengan hikmah dan kelembutan.
Program ini juga menjadi langkah pertama untuk inisiatif Street Dakwah secara berkala bermula 2025! InsyaAllah, kita akan terus sebarkan keindahan Islam kepada semua lapisan masyarakat.Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan yang besar! Jangan lupa follow page kami untuk lebih banyak aktiviti menarik dan peluang untuk jadi sukarelawan. Jom bersama kita sebarkan dakwah!
Exploring Wisdom | Inspiring Goodness
Adakah Anda Benar-Benar Faham Tentang Masyarakat Cina?
Mengapa masyarakat Cina sering dikaitkan dengan sikap “kiasu” dan “kiasi”? Apa rahsia di sebalik istilah kontroversi seperti 番 (huan) yang bermaksud “tidak bertamadun”? Dalam buku Cina ‘Kiasu’ Atau Kiasi’? : Tamak Hidup Takut Mati?, Firdaus Wong Wai Hung mengupas persoalan yang jarang dibicarakan: bagaimana budaya, sejarah, dan kepercayaan tradisional membentuk identiti mereka hingga ke hari ini.
Adakah anda tahu mengapa masyarakat Cina lebih cenderung memeluk Kristian berbanding Islam? Bagaimana pandangan mereka terhadap kaum lain dan apakah yang memisahkan kita daripada memahami mereka sepenuhnya?
Buku ini bukan sekadar bacaan tetapi satu cabaran untuk berfikir lebih jauh. Ia mengajak anda mempersoalkan persepsi, memecahkan stereotaip, dan membuka ruang dialog yang lebih mendalam.
Adakah anda berani untuk mencabar kefahaman anda? Jangan tunggu lama, dapatkan buku ini dengan harga RM65.00 dan mulakan perjalanan untuk memahami masyarakat Cina dengan lebih mendalam dan tuntas. Ini lebih mudah untuk memberi kefahaman kepada kita dalam dunia dakwah!
"Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat."
Sumbangan CSR
Jika ada syarikat/individu yg sedang mencari untuk menyalurkan sumbangan berterusan kepada program-program bermanfaat seperti kebajikan,pendidikan & dakwah,Insyallah boleh mempertimbangkan & memasukkan Yayasan Kebajikan At-Tibyan dlm senarai anda.
Kami merancang & menyusun pelbagai program dakwah, pendidikan & kebajikan. Pastinya insyaallah anda ada sahamya.
Consistent Contribution Starting from Just RM10/Month
SUMBANGAN BULANAN
Ramai yang bertanya kami, mereka juga ingin bersama melakukan kerja dakwah & kebajikan. Tetapi, bukan semua kita mempunyai masa dan ilmu untuk kerja-kerja sebegini. Kami sediakan peluang untuk anda dengan sumbangan tetap setiap bulan. Dengan setiap sumbangan anda serendah RM10, anda sebahagian dari kami dalam kerja dakwah ini.