Dalam Pembangunan

Laman web rasmi Yayasan Kebajikan At-Tibyan sedang dalam fasa pembangunan & pengemaskinian data. Beberapa fungsi mungkin sedang diuji.

Teras 1: Dakwah & Kemanusiaan

Menyebarkan Rahmah & Menghidupkan Jiwa

Dakwah At-Tibyan berpaksikan pendekatan hikmah, santun dan kasih sayang — mendekati masyarakat di lapangan tanpa menghukum mahupun meminggirkan.

Gerakan Anak Muda

1. Street Dakwah Lapangan

Street Dakwah ialah usaha mendekati kelompok belia dan orang awam di kawasan tumpuan ramai sekitar Kuantan seperti Teluk Cempedak, Taman Esplanade, dan pusat beli-belah.

Kami membawa pendekatan bersahaja melalui edaran air mineral, kurma, risalah tazkirah ringkas, serta sesi mendengar luahan hati anak muda tanpa sebarang prejudis.

Lokasi Fokus: Pantai Teluk Cempedak & Bandar Kuantan

Sasaran: Remaja, belia motosikal, dan pengunjung awam

Street Dakwah At-Tibyan Kuantan
Ziarah Mahabbah Asnaf Kuantan
Ziarah Mingguan

2. Ziarah Mahabbah Pintu ke Pintu

Setiap minggu, skuad ziarah At-Tibyan melawat rumah-rumah asnaf, pesakit terlantar, warga emas sebatang kara dan keluarga terpinggir.

Bukan sekadar menghantar barangan dapur, kami duduk mendengar rintihan hidup mereka, membaca doa syifa, serta memastikan mereka tidak berasa keseorangan dalam mengharungi ujian hidup.

Kekerapan: Setiap Hari Sabtu Pagi

Liputan: Indera Mahkota, Beserah, Gambang, Kempadang & sekitar Kuantan

Pendidikan Fardhu Ain

3. Kelas Pengajian & Talaqqi Al-Quran

Pusat pengajian At-Tibyan menganjurkan siri kelas pengajian al-Quran bersanad, pemurnian bacaan surah al-Fatihah, dan pembelajaran fardhu ain asas untuk dewasa, saudara baharu serta anak muda.

Kelas ini diwujudkan secara percuma bagi memastikan ketiadaan faktor kewangan menjadi penghalang kepada masyarakat untuk mendalami ilmu agama.

Jadual Kuliah & Pengajian At-Tibyan

Setiap Selasa & Khamis (8:30 PM)

Talaqqi Al-Quran & Tajwid Asas Dewasa

Surau Pusat At-Tibyan, Bandar Indera Mahkota

Setiap Sabtu (9:00 PM)

Klinik Solat Sempurna & Fardhu Ain

Terbuka kepada mualaf dan anak muda