Image

KEM REMAJA TERBAIK (SIRI-5)

DI PAHANG TELAH KEMBALI!

Pengalaman hebat untuk diberikan kepada anak untuk cuti sekolah kali ini!

Image
Image

DANA PROGRAM

Image
Image
Image

Kem Ibadah YKA telah dilaksanakan sejak 2016 oleh Yayasan Kebajikan At-Tibyan. Kem Remaja ini adalah dilaksanakan oleh anak muda, kepada anak muda. Ia adalah bertujuan menyuntik nilai-nilai agama dan akhlak dalam diri generasi muda dalam cara & suasana yang menyeronokkan.

Belia kita sentiasa dihujani dengan gambaran palsu tentang 'keseronokan'. Sama ada dalam TV, Netflix, TikTok, Media sosial, permainan dalam talian dan juga kumpulan rakan sebaya, konsep 'seronok' sering disebut sebagai aktiviti yang tidak dibenarkan dalam agama kita yang indah.

Generasi muda adalah generasi yang amat penting untuk dibentuk kerana mereka adalah pewaris masa depan agama dan negara. Pelbagai aktiviti menarik disusun sebagai bekal membantu mereka bersedia menghadapi pelbagai isu remaja & fitnah akhir zaman ini. Kem Remaja ini komited dalam menggalas tugas dan nilai ini selaras tunjuk ajar dari Al-Quran & Sunnah Baginda Muhammad.


Kita dihambat dengan kemajuan & kesibukan duniawi sehingga leka dan tidak sedar bahawa tujuan utama kita diciptakan adalah untuk beribadah kepadanya. Kehidupan di dunia adalah penting, namun ia harus bertunjangkan objektif dari Tuhan agar kita tidak tersasar dari tujuan asal. Matlamat hidup kita adalah untuk kembali ke Syurga iaitu daerah asal umat manusia.

Tema ini dipilih adalah untuk mengingatkan diri anak-anak akan tujuan sebenar kita diciptakan agar setiap perbuatan harian dalam kehidupan menjadi ibadah yang mendapat ganjaran kerana ”Hidupku adalah untuk Dia”.
Image
Image
Image

TENTANG YKA YOUTH CAMP

Image

YKA Youth Camp adalah seperti kem-kem biasa yang lain : Anda akan menghantar anak-anak anda untuk pengalaman menakjubkan yang tidak akan mereka lupakan. Cuma yang berbezanya adalah semuanya mengikut Al-Quran dan Sunnah.

Kami akan menyediakan penceramah yang berpengalaman & faham jiwa anak muda. Mereka akan membimbing dan menanamkan kepada anak-anak anda nilai-nilai menjadi seorang muslim yang kuat dan soleh buat masa ini dan di akhirat. Setiap hari penuh dengan aktiviti yang membolehkan anak-anak anda menyerlahkan potensi penuh mereka secara fizikal dan setiap malam dipenuhi dengan ilmu. Anak-anak anda akan mendapat pengalaman holistik sepanjang program.

Perkhemahan ini akan diadakan di Taman Pertanian Sultan Ahmad Shah, Kuantan - sebuah campsite yang khusus menjalankan program outdoor. Dengan kemudahan lengkap serta persekitaran alam semulajadi dan ketenangannya, pasti lebih memberikan impak kepada anak-anak yang menyertai kem ini. Kapasiti untuk kem ini amat terhad hanya 80 maksimum sahaja supaya setiap belia berpeluang untuk diberi tumpuan. InsyaAllah anak anda akan berterima kasih atas pengalaman ini 10 tahun akan datang.

Image

LOKASI KEM IBADAH YKAYC 2023

100% PERCUMA +

80 PELAJAR

KEM IBADAH UNTUK MEMBANTU ANAK-ANAK MENDALAMI CARA SOLAT DENGAN SEMPURNA.

+

MOTIVASI | BINA SEMANGAT | TEAM BUILDING

YKA YOUTH CAMP 2023 INI AKAN BERLANGSUNG DALAM MASA :

SOKONGAN & SUMBANGAN DARI ANDA AMAT DIHARGAI

MARI BERSAMA-SAMA KAMI MEMBANTU USAHA MURNI INI.

YKA Youth Ibadah Camp 2023

Kem Ibadah YKA telah dilaksanakan sejak 2016 oleh Yayasan Kebajikan At-Tibyan. Kem Remaja ini adalah dilaksanakan oleh anak muda, kepada anak muda. Ia adalah bertujuan menyuntik nilai-nilai agama dan akhlak dalam diri generasi muda dalam cara & suasana yang menyeronokkan.

Belia kita sentiasa dihujani dengan gambaran palsu tentang 'keseronokan'. Sama ada dalam TV, Netflix, TikTok, Media sosial, permainan dalam talian dan juga kumpulan rakan sebaya, konsep 'seronok' sering disebut sebagai aktiviti yang tidak dibenarkan dalam agama kita yang indah.

Generasi muda adalah generasi yang amat penting untuk dibentuk kerana mereka adalah pewaris masa depan agama dan negara. Pelbagai aktiviti menarik disusun sebagai bekal membantu mereka bersedia menghadapi pelbagai isu remaja & fitnah akhir zaman ini. Kem Remaja ini komited dalam menggalas tugas dan nilai ini selaras tunjuk ajar dari Al-Quran & Sunnah Baginda Muhammad.

Sumbangan Atas Talian

 
 

TAJA PELAJAR SUPAYA MEREKA DAPAT MENGHADIRKAN DIRI KE KEM IBADAH YKAYC 2023 INI

1

PILIH JUMLAH SUMBANGAN ANDA

RM

RM

2

MAKLUMAT PENYUMBANG

Campaign YKA Youth Ibadah Camp 2023

3

BUAT BAYARAN

Billplz YKA
Image