Selalu bila sebut pasal syukur, kita terus bayangkan ucapan "Alhamdulillah". Memang betul, lidah yang memuji Allah itu satu bentuk syukur. Tapi syukur yang sebenar jauh lebih besar daripada sekadar sebutan. Syukur yang sebenar ialah bila kita guna nikmat itu dengan cara yang Allah suka.
Kalau Allah bagi kita duit, syukur bukan hanya cakap "Alhamdulillah", tapi juga lihat bagaimana duit itu dibelanjakan. Ada tak bahagian untuk bantu orang? Ada tak bahagian untuk keluarga? Ada tak bahagian yang dijaga daripada benda haram atau sia-sia?
Kalau Allah bagi ilmu, syukur bukan sekadar rasa seronok tahu banyak benda. Tapi syukur ialah bila ilmu itu dikongsi, diamalkan dan digunakan untuk bawa orang lebih dekat kepada kebaikan.
Kalau Allah bagi masa lapang, syukur bukan sekadar rasa lega sebab ada free time. Tapi syukur ialah bila masa itu tak dihabiskan sepenuhnya pada benda yang melalaikan. Sekurang-kurangnya ada ruang untuk al-Quran, doa, rehat yang baik, dan bantu orang lain.
Kalau Allah bagi tenaga, kesihatan, kebolehan bercakap, menulis, memimpin, atau mengurus, semua itu bukan sekadar kelebihan. Itu amanah.
Kadang-kadang kita minta banyak benda daripada Allah, tapi bila Allah dah beri, kita lupa gunakan nikmat itu untuk jalan yang betul.
Hadis Nabi SAW: Suatu hari, Rasulullah SAW keluar dari rumah dalam keadaan lapar. Kemudian baginda bertemu Abu Bakar dan Umar dan rupa-rupanya mereka juga keluar kerana lapar. Akhirnya mereka pergi ke rumah Abu al-Haitham bin at-Taihan, lalu beliau melayan mereka dengan baik dan menyediakan makanan. Selepas mereka menikmati hidangan tersebut, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa nikmat seperti itu pun akan ditanya oleh Allah.
Bila dengar hadis ni, rasa macam tersentak sekejap. Sebab kita baca hadis tu dan rasa, "Itu pun akan ditanya?" Tgh lapar ni, bukan makan sebab saja2 atau tamak ke apa. Taoi act yes, itu pun akan ditanya. Lapar kemudian dapat makan. Haus kemudian dapat minum. Penat kemudian dapat rehat. Sedih kemudian Allah bagi ketenangan. Semua itu nikmat.
Dan kalau nikmat yang sesimple itu pun akan disoal, maka macam mana pula dengan kita hari ini yang hidup dalam keadaan jauh lebih selesa? Kita ada akses kepada makanan bila-bila masa. Kita ada pilihan. Kita ada kemudahan. Kita ada hiburan. Kita ada comfort. Kadang-kadang terlalu banyak, sampai hati jadi kebal dan tak lagi terasa itu semua satu hadiah daripada Allah. Bila terlalu banyak nikmat, kadang-kadang manusia bukan makin syukur. Tapi makin lupa.
Dunia bukan salah, tapi jangan sampai kita tertipu dengannya. Islam tak pernah ajar kita tinggalkan dunia sepenuhnya. Bukan salah untuk bekerja keras. Bukan salah untuk cari rezeki yang baik. Bukan salah untuk hidup selesa. Bukan salah untuk ada impian dan target. Yang bahaya ialah bila dunia mula duduk dalam hati terlalu dalam.Bila kita terlalu attach dengan dunia, kita mula ukur nilai hidup berdasarkan apa yang kita ada. Kita mula rasa diri gagal bila tak dapat apa orang lain dapat. Kita mula lupa bahawa kejayaan sebenar bukan semata-mata apa yang kita kumpul di dunia, tapi apa yang kita bawa pulang untuk akhirat. Dunia ini bukan destinasi. Dunia ni cuma persinggahan. Masalahnya, ramai antara kita hidup macam nak stay sini forever.
Sebab itu Surah At-Takathur penting untuk kita revisit selalu. Ia tarik kita semula kepada realiti. Ia remind kita bahawa semua yang kita banggakan, kumpulkan, rebutkan dan risaukan hari ini, satu hari nanti semuanya akan ditinggalkan juga. Yang tinggal hanyalah bagaimana kita hidup dengan semua nikmat itu.
Comments