Font size: +
2 minutes reading time (418 words)

Nak buat apa je awal bulan Zulhijjah ni?

WhatsApp-Image-2026-05-21-at-11.15.09-AM-2

 Bila masuk je 10 awal Zulhijjah, ramai mula share posting3 galakan berpuasa.

Tapi, kita boleh ke puasa 1-9 zulhijjah, sebab rasanya tiada hadis jelas yang kata nabi berpuasa pada masa tu. Ustaz Muein jawab, boleh. Sebab kita ikut sunnah Nabi dari sudut galakan dan perkataan baginda tentang kelebihan hari-hari ni. Ustaz juga pesan kalau tak mampu puasa 1-9 terus, jangan tinggal terus. Cuba puasa selang sehari macam puasa Nabi Daud. Tak mampu juga? Buat Isnin Khamis tapi puasa ni susah kan? Sebab tu ganjaran dia special. Dalam hadis qudsi, Allah kata puasa itu untuk Aku, dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Berapa ganjaran dia? Rahsia Allah. Tak disebut pun jumlahnya.

Tapi sebelum sembang pasal banyak ibadah sunat, ada benda paling penting kena start dulu iaitu solat taubat dan banyakkan istighfar. Sebab penghalang terbesar ibadah ialah dosa. Bila hati penuh dosa, hati jadi keras. Nak baca Quran malas. Nak bangun tahajud berat. Nak pergi masjid pun rasa susah. Jadi bersihkan hati dulu. Mintak ampun sungguh-sungguh dengan Allah.

Lepas tu, jaga solat berjemaah 5 waktu di masjid. Cuba bayang, setiap langkah jalan kaki ke masjid Allah gugurkan satu dosa dan angkat satu darjat. Kalau amalan tu dibuat pada 10 awal Zulhijjah, pahala dia lagi berlipat kali ganda. Lawan nafsu betul-betul. Tapi jangan niat, "Aku rajin 10 hari ni je." Jadikan ia permulaan untuk istiqamah.

Dan jangan lupa sedekah. Sedekah pada hari-hari ni sangat besar nilainya. Kadang kita ingat Ramadan je musim sedekah, padahal 10 awal Zulhijjah ni pun antara musim pahala paling besar.

Last sekali, perbanyakkan juga solat-solat sunat. Dalam hadis qudsi, Allah kata:
"Hamba-Ku sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunat sampai Aku mencintainya." Bayangkan, hari biasa buat sunat pun Allah cinta. Apatah lagi kalau dibuat pada hari paling Allah cintai ni.

Zulhijjah ni sebenarnya musim "tawaran pahala terbesar". Ramai dah saudara kita yang tak sempat jumpa Zulhijjah tahun ni. Tapi Allah masih pilih kita untuk hidup dan beribadah. Jadi jangan sia-siakan peluang ni. Kadang banyak sunnah Nabi yang besar ganjarannya kita terlepas sebab kita tak tahu. Zulhijjah ni tak semeriah Ramadan dari sudut suasana. Ramadan semua orang nampak berlumba-lumba buat ibadah. Padahal ulama kata, suasana 10 awal Zulhijjah sepatutnya lebih hebat daripada Ramadan sebab besarnya kelebihan hari-hari ni.

Tapi ingat, bukan pahala je digandakan. Dosa pun jadi lebih berat sebab dilakukan pada bulan yang mulia. Jadi jaga mata, jaga mulut, jaga hati, jaga aurat, jaga ikhtilat, jaga semua. Semoga Allah bagi kita kekuatan untuk rebut 10 awal Zulhijjah kali ni betul-betul. Jangan biar ia berlalu macam hari biasa.
×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Awal Zulhijjah
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Thursday, 21 May 2026