"Aku tak belajar agama takpe, janji anak belajar agama"

Kita as parents mesti nak yang terbaik untuk anak2 kita kan? Bila kita dah mula belajar agama, kalau boleh kita juga nak tempatkan anak2 kita di sekolah yang menjadikan pendidikan al-Quran sebagai core subject tapi mungkin tak semua ada kases ke sekolah yang diimpikan, ada yang mahal, jauh dan tak sesuai dengan keadaan keluarga. Jadi, adakah kita n...

Continue reading
  56 Hits

Takut la dengan ilmu yang tak bermanfaat

Ada satu doa yang nabi selalu amal. Doanya berbunyi:  اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak pernah puas dan doa yang tidak d...

Continue reading
  80 Hits

BETUL KE KITA NI HAMBA TUHAN?

Pernah tak kita berdoa bersungguh-sungguh, menangis dalam doa, minta Allah mudahkan urusan tapi sampai sekarang macam tak nampak pun jalan keluar? Sehingga kadang-kadang kita mula tertanya-tanya, kenapa Tuhan tak makbulkan doa aku. Act, bukan sebab Allah tak dengar, mungkin juga bukan sebab doa kita tak cukup kuat tapi mungkin ada satu so...

Continue reading
  55 Hits

Sombong

Kadang-kadang kita ingat bila Allah bagi harta, jawatan, populariti atau pengaruh, tanpa luah tapi sudah rasa hebat. Padahal belum tentu. Dalam al-Quran, Allah mengingatkan bahawa harta dan anak-anak hanyalah ujian. Firman Allah: Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu hanyalah satu ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. (...

Continue reading
  130 Hits

Kenapa mukmin bila dapat nikmat dia takut?

Harini harga durian Musang King murah. Ramai orang yang sebelum ni hanya mampu tengok, kali ni akhirnya dapat merasa. Bila dapat makan, mestilah rasa seronok. Senyum lebar, ambil gambar, kongsi dengan keluarga. Itu fitrah manusia. Allah memang menciptakan kita suka kepada nikmat. Tetapi di sebalik rasa bahagia itu, ada satu soalan yang lebih besar,...

Continue reading
  121 Hits

Kalau rasa nak rehat, kena tinggal rehat

Kita selalu dengar org kata nanti tualah baru pegi masjid, sekarang nak enjoy to the fullest. Hakikatnya, Islam ni ajar kita smtg yg sangat berbeza. Islam ajar kalau nak berehat yg sebenar, kita perlu tinggalkan sikit rehat dekat dunia sbb duniani bukan tempat berehat, tetapi tmpt berusaha dan beramal. Tempat rehat yang sebenar adalah di akhir...

Continue reading
  143 Hits

Hari Arafah, persamaan yang ramai tak sedar

 Padang Arafah ni mengingatkan kita tentang padang mahsyar. Tempat semua manusia dihimpunkan depan Allah tanpa beza pangkat, darjat, kaya atau miskin. Raja, menteri, orang biasa, semua sama sahaja. Dekat Arafah kita masih berpakaian, masih ada dunia. Tapi di padang mahsyar nanti keadaan manusia bergantung pada amalan masing2. Ada yang dimuliak...

Continue reading
  198 Hits

Nak buat apa je awal bulan Zulhijjah ni?

 Bila masuk je 10 awal Zulhijjah, ramai mula share posting3 galakan berpuasa. Tapi, kita boleh ke puasa 1-9 zulhijjah, sebab rasanya tiada hadis jelas yang kata nabi berpuasa pada masa tu. Ustaz Muein jawab, boleh. Sebab kita ikut sunnah Nabi dari sudut galakan dan perkataan baginda tentang kelebihan hari-hari ni. Ustaz juga pesan kalau tak ma...

Continue reading
  161 Hits

Awal Zulhijjah

 Nabi SAW sendiri kata: "مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ"Tak ada hari yang amal soleh padanya lebih Allah cintai daripada 10 hari ni. Bayangkan, Allah paling suka amal kita waktu ni. Pahala besar. Opportunity besar. Tapi ramai terlepas sebab kita rasa macam hari biasa je. ...

Continue reading
  169 Hits

Menjejak Generasi 'Gelek': Mengapa Skor KAFA Belum Cukup Menyelamatkan Anak Kita?

Menjejak Generasi 'Gelek': Mengapa Skor KAFA Belum Cukup Menyelamatkan Anak Kita? Bayangkan kita membeli sebuah perkakas dapur yang sangat canggih dan mahal. Di dalamnya ada cip komputer, skrin sesentuh, dan pelbagai fungsi kecerdasan buatan. Apabila dibawa pulang, kita hanya menggunakannya sebagai pengganjal pintu rumah. Bunyinya kelakar dan tidak...

Continue reading
  227 Hits

Cegah Maksiat Itu Tanda Kasih Sayang

Baru-baru ni timbul isu pesta air di KL yang jadi perbincangan ramai orang. Ada yang nampak ramai muslim buat posting, tegur, nasihat dan kempen supaya muslim tak pergi. Ada pula yang anggap semua ni terlalu busybody. Tapi kalau kita faham konsep amar makruf nahi mungkar dalam Islam, sebenarnya teguran tu lahir daripada kasih sayang sesama muslim. ...

Continue reading
  230 Hits

"Ala benda kecil je pun"

Semua anak Adam tak akan lari daripada dosa. Itu memang fitrah manusia sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Kita bukan malaikat yang maksum, yang tak pernah buat salah. Kita manusia, ada nafsu, ada keinginan, ada kelemahan. Tapi yang cantiknya dalam Islam, Allah tak nilai kita pada "pernah buat dosa atau tidak", tapi bagaimana kita respon selepas kita ...

Continue reading
  173 Hits

Kenapa kena berdoa lagi? Bukan semuanya dah ditetapkan ke?

Pernah tak kita terfikir, kalau semua benda dalam hidup ni dah ditetapkan oleh Allah, kenapa kita masih perlu berdoa? Soalan ni nampak simple, tapi sebenarnya menyentuh cara kita melihat hubungan dengan Allah. Dalam Islam, kita memang percaya kepada takdir. Tapi dalam masa yang sama, Allah juga ajar kita tentang konsep asbab, iaitu sebab atau jalan...

Continue reading
  215 Hits

Bersyukur bukan sekadar cakap Alhamdulillah

Selalu bila sebut pasal syukur, kita terus bayangkan ucapan "Alhamdulillah". Memang betul, lidah yang memuji Allah itu satu bentuk syukur. Tapi syukur yang sebenar jauh lebih besar daripada sekadar sebutan. Syukur yang sebenar ialah bila kita guna nikmat itu dengan cara yang Allah suka.Kalau Allah bagi kita duit, syukur bukan hanya cakap "Alhamduli...

Continue reading
  202 Hits

Kelas Tadabbur Muslimat: Surah At-Takathur Ayat 6–8

Kadang-kadang dalam hidup ni, kita terlalu sibuk kejar banyak benda sampai tak sedar kita sebenarnya sedang penat dengan dunia. Hari-hari fikir pasal kerja, duit, commitment, target, masa depan, comparison dengan orang lain dan macam-macam lagi. Kita rasa hidup akan okay bila "nanti" semua benda dah cukup. Nanti bila gaji naik. Nanti bila rumah leb...

Continue reading
  247 Hits

Ramadan Datang Setiap Tahun Tapi Kenapa Kita Masih Sama

Ramai orang perasan satu benda setiap kali Ramadan datang. Bila tiba Ramadan, terutama awal Ramadan, masjid penuh, Al Quran dibaca sampai mampu khatam sehari 1 juzuk sebab ada target nak khatam 30 juzuk dalam sebulan, hati rasa lembut. Tapi peliknya bila Ramadan berlalu, suasana itu hilang perlahan-lahan. Ibadah yang dulu terasa ringan jadi berat s...

Continue reading
  198 Hits

PUASA TAPI TAK SOLAT...

Kadang kita nampak orang semangat puasa. Sahur bangun, siang tahan lapar, petang tahan godaan makanan, memang nampak struggle yang real. Tapi bila masuk waktu solat, dia tinggal macam tu je. Keadaan ni ibarat kita kumpul duit penat-penat, tapi dompet bocor. Kita rasa dah banyak simpan, rupanya senyap-senyap habis. Rugi tanpa sedar.Realitinya, puasa...

Continue reading
  301 Hits

Tanda amal diterima

 Pernah tak lepas kita buat satu benda baik, tiba-tiba rasa tenang dan ringan. Pastu dalam hati terdetik macam nak buat lagi. Contohnya lepas solat , rasa nak tambah lagi solat sunat dua rakaat. Lepas sedekah sikit, rasa macam tak puas, nak sedekah lagi. Sebenarnya itu antara tanda yang sangat cantik. Ulama kata, bila lepas buat amal...

Continue reading
  351 Hits

Tadabbur Surat Al-Fil ayat 1

Surah al-Fil ayat 1 mengajak kita merenung satu cerita ttg tentera bergajah yang gagah dan menakutkan dikalahkan oleh burung-burung kecil. Tapi bila Allah tanya "Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Tuhanmu bertindak terhadap tentera bergajah?" sebenarnya Allah bukan suruh kita kagum pada burung atau batu. Allah suruh kita berfikir tentang siapa di...

Continue reading
  339 Hits

2 NIKMAT YANG SERING MANUSIA LUPA

Alhamdulillah hari ni dapat temankan salah seorang asnaf untuk appointment di hospital. Sambil duduk tunggu giliran, teringat satu hadis Nabi SAW yang simple tapi sangat kena dengan hidup kita. Nabi kata ada dua nikmat yang ramai manusia selalu lupa ialah nikmat sihat dan nikmat masa lapang. And honestly, it makes so much sense. Sebab bila kita sih...

Continue reading
  405 Hits