IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
3 minutes reading time (547 words)

Kelas Tadabbur Muslimat: Surah At-Takathur Ayat 6–8

WhatsApp-Image-2026-04-09-at-11.35.29-AM-_20260409-033632_1

Kadang-kadang dalam hidup ni, kita terlalu sibuk kejar banyak benda sampai tak sedar kita sebenarnya sedang penat dengan dunia. Hari-hari fikir pasal kerja, duit, commitment, target, masa depan, comparison dengan orang lain dan macam-macam lagi. Kita rasa hidup akan okay bila "nanti" semua benda dah cukup. Nanti bila gaji naik. Nanti bila rumah lebih selesa. Nanti bila hidup lebih stabil. Nanti bila semua urusan dah settle.

Tapi masalahnya, "nanti" tu tak pernah habis.

Sebab itulah Surah At-Takathur ni terasa sangat dekat dengan kehidupan kita. Surah ni macam satu wake up call. Allah tegur manusia yang terlalu sibuk berlumba-lumba nak tambah dunia, sampai terlupa apa tujuan sebenar hidup. Kita terlalu fokus nak "collect" banyak benda, tapi kurang tanya diri sendiri, "Semua ni bawa aku dekat Allah ke tidak?" Kadang-kadang kita tak sedar, kita bukan penat sebab hidup susah sangat. Tapi kita penat sebab hati kita tak pernah rasa cukup. Rasa tak cukup itu sebenarnya penatkan jiwa

Kalau kita perasan, ramai orang hari ini hidup dalam keadaan sentiasa rushing. Bila bangun pagi pun kepala dah penuh dengan to-do list. Bila tengah makan, fikir kerja. Bila tengah rehat, rasa bersalah sebab tak produktif. Bila tengok orang lain di media sosial, mula rasa hidup sendiri macam kurang.

That's the trap.

Dunia hari ini memang ajar kita untuk sentiasa rasa tak cukup. Tak cukup cantik. Tak cukup berjaya. Tak cukup kaya. Tak cukup tersusun. Tak cukup laju. Tak cukup "jadi orang".

Sedangkan Allah nak ajar sesuatu yang sangat penting melalui Surah At-Takathur ni. Bukan semua yang kita kejar tu benar-benar kita perlukan. Ada benda yang kita kejar sampai letih, tapi bila dah dapat pun hati masih kosong. Sebab ketenangan sebenar bukan datang daripada banyaknya apa yang kita miliki, tapi daripada cukupnya rasa syukur dalam hati.

Ada orang hidup sederhana, tapi tenang. Ada orang banyak kemudahan, tapi gelisah. Ini menunjukkan bahawa tenang itu bukan semestinya tentang apa yang ada di tangan, tapi tentang apa yang hidup dalam hati. Nikmat yang kita anggap biasa, sebenarnya luar biasa

Bila masuk ayat ke-8 dalam Surah At-Takathur, ia bagi satu peringatan yang sangat mendalam

Allah kata "Semua nikmat akan ditanya."



Ayat ni nampak ringkas, tapi kalau kita betul-betul renung, dia sangat menusuk. Sebab kadang-kadang kita selalu ingat "nikmat" tu benda besar sahaja. Duit banyak, kereta besar, rumah cantik, kerja hebat. Padahal hakikatnya, nikmat yang Allah akan tanya bukan itu sahaja.

Nikmat yang akan ditanya juga ialah benda-benda yang kita selalu anggap normal. Bangun pagi dalam keadaan sihat. Masih boleh berjalan sendiri. Masih ada selera untuk makan. Masih ada tempat untuk balik. Masih ada ibu ayah untuk dihubungi. Masih ada kawan untuk bercerita. Masih ada masa untuk bertaubat. Masih ada hati yang mahu mencari Allah.

Semua itu nikmat.

Kadang-kadang kita terlalu biasa dengan nikmat sampai kita dah tak rasa ia satu anugerah. Air yang keluar dari paip, makanan atas meja, badan yang masih boleh bergerak, internet untuk belajar ilmu, rezeki yang masuk setiap bulan, semua tu kalau Allah tarik sekejap sahaja, baru kita akan rasa besar nilainya.

So sebenarnya, hidup kita ni bukan kosong. Hidup kita ni penuh. Cuma kadang-kadang kita yang tak sempat berhenti dan perasan.

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Tadabbur Raya & Jamuan Eid-Fitr 2026
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Thursday, 09 April 2026