Kebiasaannya bantuan persekolahan tertumpu sebelum sesi bermula. Namun hasil ziarah lapangan mendapati masih ramai keluarga bergelut selepas sekolah dibuka khususnya untuk bayaran yuran, buku latihan dan keperluan asas anak-anak. Dari situ lahirnya inisiatif ini, supaya tiada pelajar tercicir hanya kerana kekangan kewangan.
Walaupun jumlah bantuan tidak besar, namun bagi penerima, ia sangat bermakna. Ada yang berkongsi rasa lega kerana sekurang-kurangnya satu beban telah diangkat. Hakikatnya, kebaikan yang kecil di mata manusia boleh jadi sangat besar nilainya di sisi Allah.
Dalam sesi perkongsian, En Azim menekankan satu nilai penting iaitu syukur. Beliau mengingatkan bahawa Allah sendiri berfirman:
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ
"Jika kamu bersyukur, pasti Aku akan tambah kepada kamu."
(Surah Ibrahim: 7)
Menariknya, Allah tidak nyatakan secara khusus tambah apa. Ulama tafsir menjelaskan bahawa tambahan itu boleh hadir dalam pelbagai bentuk rezeki lain spt ketenangan, kesihatan, keberkatan masa, bahkan kekuatan iman. Ini menunjukkan bahawa syukur bukan sekadar ucapan, tetapi sikap hati yang melihat nikmat walaupun dalam keadaan serba kekurangan.
Encik juga ada buat perkongsian mengenai lersediaan menyambut Ramadan. Bantuan yang diberikan bukan sekadar menyelesaikan urusan dunia, tetapi diharap membuka ruang ibadah yang buat keluarga penerima.
Ramadan bukan sekadar menahan lapar, tetapi perjalanan menuju taqwa (buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang sebab kita yakin Allah Maha Melihat semua hambanya)
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments