Agama tak beri kesenangan kepada kita di dunia. Sebab tu agaknya orang tak berapa berminat nak kejar untuk beramal. Buat gitu-gitu je sekadar lepas syarat. Betul kan?
Perasan tak, bila kita nak berjaya kita akan berusaha betul2. Nak SPM, kalau ada matapelajaran lemah kita akan pergi dan cari tuisyen. takde pusat tuisyen, cari pulak yg online.mak ayah sanggup bayar walau mahal.mak ayah akan risau kalau kita gagal atau dpt markah rendah dalam exam.
bila dah besar, nak jadi arkitek,engineer,lawyer,doctor pulak, kita akan pulun setiap minggu utk pergi kelas,pergi seminar berbayar, dengar dari tips2 dari mereka2 yg dah berjaya..supaya kita dpt berjaya mcm mereka jgk.Tak pernah missed group discussion, study sampai lewat malam dan sanggup tinggalkan benda2 lain sekejap,main bola,futsal,badminton semata2 utk fokus dekat exam.Tak reti trade saham, boleh ambik kelas saham dan belajar satu2 supaya trade tidak rugi dan untung memanjang.
Tpkan, utk berjaya akhirat, untuk agama kita tak buat begitu pula, utk masuk syurga yg kekal selama2nya tu kita buat lebih2 kurang je.kita tak ada kerisauan pun bila pengetahuan agama kita lemah.siap boleh mengaku,"aku tak pandai sgt agama2 ni" tp lepas tu tak buat apa2, tak ada usaha. masa berlalu mcm tu sampailah baru kite tersedar umur dah makin meningkat.amalan biasa2, solat tak ke masjid, quran kurang baca, zikir pagi petang tak buat, sedekah jarang skali. kita kata tak ada masa, dan paling malang kita tak nak berikan masa langsung utk belajar tadabbur dan faham ayat2 al-quran. Kita tak usahapun cari kelas atau grup2 utk betul2 nak faham ayat-ayat Allah sepertimana kita buat utk kita berjaya jd arkitek engineer lawyer apa semua tu.
Sebab apa? sebb kita tak nampak agama boleh beri kesenangan & keuntungan kat dunia utk kita sebagaimana pekerjaan dunia dapat bagi. Banyak orang kata, bila dah pencen nanti barulah boleh bg masa pergi surau masjid, skarang tak cukup masa sgt, kerja ofis byk balik pulak jem,lewat dan penat. siapa nak bagi gaji besar kalau belajar agama je kan? Sedar tak, kita lupa yang sebenarnya Allah yg atur rezeki kita. Dia maha kaya pemilik seluruh alam.
Sebagai muslim yang kata beriman, apa yg kita perlu risau adalah kalau kita anak2 keluarga kita tak faham Al-Quran. Ia satu bala & musibah sebenarnya bila anak isteri kita tak faham Al-Quran.Allah turun panduan nak bagi penawar kepada penyakit yg ada dalam hati manusia supaya kita dpt berjaya dunia akhirat, tp ramai manusia tak peduli sgt, tak nak ambik tahu...mungkin nak berjaya d dunia shj. ramai kita lihat Al-quran tu mcm kitab sejarah je, bila ada sakit & kematian baru nak baca, itupun surah yasin je.Khatam setahun sekali masa Ramadhan.
Tulisan ini bukan bertujuan merendah-rendah atau mengata kepada sesiapa, tetapi lebih kepada muhasabah diri dan jugak keadaan realiti masyarakat hari ini yang mungkin terlupa akan tujuan asal hidup ini. Semoga ianya menjadi peringatan buat kita, keluarga dan masyarakat.
Jadi jom mari kita ubah, bagi dan sediakan masa hari ni untuk kita sama2 faham dan belajar lebih mendalam ttg Al-Quran. Insyaallah ia boleh menjadikan kita manusia yang lebih baik, bukan sahaja d dunia. Ia satu kebajikan utk diri kita, dan Allah janji akan berikan satu kehidupan yang lebih baik.
@abuwaidz Cerita Malam 1 Aku nak cerita tentang kisah realiti hidup kita hari ni, tentang diri aku, tentang kita semua. Tentang bicara lidah kita yang pasti akan ditanya satu hari nanti.Tentang masa dan umur kita untuk apa dihabiskan. #kisahnyata #kisahinspirasi #ceritapendek #tazkirahringkas #tazkirahmalam #ingatanuntukdirisendiri #cinta #muhasabahdiri #wanitamuslimah ♬ original sound Abdul Azim
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments