By maisarah on Thursday, 22 January 2026
Category: Tazkirah

Tanda amal diterima

 Pernah tak lepas kita buat satu benda baik, tiba-tiba rasa tenang dan ringan. Pastu dalam hati terdetik macam nak buat lagi. Contohnya lepas solat , rasa nak tambah lagi solat sunat dua rakaat. Lepas sedekah sikit, rasa macam tak puas, nak sedekah lagi.

Sebenarnya itu antara tanda yang sangat cantik. Ulama kata, bila lepas buat amal soleh kita rasa nak buat lagi, itu petanda amalan tu insyaAllah baik dan Allah sedang buka pintu hidayah untuk kita terus jalan.

Dalam bab al-Quran pula, ada satu quote daripada Saidina Uthman bin Affan. Dia kata:

لو طهرت قلوبنا ما شبعت من القرآن

Maksudnya lebih kurang begini: Kalau hati kita betul betul bersih, kita tak akan pernah kenyang dengan al-Quran.

Logik dia simple je. Kalau kita makan dan masih lapar, mesti kita nak tambah lagi kan. Tak cukup satu pinggan, kita ambil pinggan kedua. Bukan sebab gelojoh, tapi sebab badan kita masih perlukan makanan.

Sama juga dengan hati. Al-Quran ni makanan untuk jiwa. Bila hati sihat dan hidup, kita tak akan rasa cukup dengan baca sikit sikit je. Hari ni baca satu muka, esok rasa nak baca dua muka. Lepas habis satu surah, rasa sayang nak tutup mushaf. Macam ada tarikan halus yang buat kita nak buka al-Quran lagi dan lagi.

Tapi real talk sikit. Kalau kita jenis cepat bosan bila baca al-Quran, cepat mengantuk, atau rasa berat gila nak sentuh mushaf, itu bukan sebab al-Quran boring. Itu tanda hati kita tengah penat. Macam badan bila demam, kita hilang selera makan. Hati pun sama. Bila banyak dosa kecil, banyak lalai, banyak scroll benda tak berfaedah, hati jadi "kenyang palsu". Bila hati dah kenyang dengan benda dunia, dia jadi tak lapar pada al-Quran.

So jangan down kalau rasa diri jauh dengan al-Quran sekarang. Itu bukan penamat cerita, itu permulaan kesedaran. Start kecil kecil dulu. Jangan aim terus satu juz sehari kalau satu muka pun liat. Baca satu muka sehari pun dah win besar kalau konsisten. Pelan pelan, lama lama Allah akan bagi rasa manis.

Cuba juga baca dengan slow dan faham sikit maksud ayat. Kadang satu ayat yang kena tepat kat hati lebih power daripada sepuluh muka yang kita baca tanpa faham apa apa. Dan satu benda penting jangan lupa. Minta kat Allah. Seriously, minta. Cakap je dalam doa, Ya Allah hati aku keras, aku malas, aku jauh dengan al-Quran. Tolong lembutkan hati aku dan buat aku jatuh cinta balik dengan kalam-Mu.

InsyaAllah, bila kita jaga sikit demi sikit, satu hari nanti kita akan sampai satu fasa yang pelik tapi best
Kita rasa tak lengkap sehari tanpa al-Quran. Kita sendiri yang akan cari masa untuk baca, bukan tunggu masa lapang.

Dan masa tu, baru kita faham betul betul maksud kata Saidina Uthman tadi, Kalau hati kita bersih, kita memang tak akan kenyang dengan al-Quran. Semoga Allah bagi kita hati yang hidup, hati yang rindu al-Quran, dan jiwa yang tak pernah puas dengan kalam Allah. Aamiin.

Leave Comments