By maisarah on Tuesday, 08 July 2025
Category: Tazkirah

Rezeki Sempit? Apa Punca?

​Pernah tak rasa sempit sangat nak hidup, rezeki ada tapi tak pernah cukup? Rasa hidup tersekat2?

Sebenarnya, antara punca utama rezeki kita menjadi sempit ialah dosa-dosa yang kita lakukan sendiri sama ada sedar ataupun tak. Dalam satu hadis yang sahih, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya seorang hamba benar-benar terhalang rezekinya kerana dosa yang dilakukannya." 

(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah)

Hadis ini mengkabarkan yg dosa bukan sekadar memberi kesan di akhirat, bahkan menyekat nikmat dunia yang sedang kita usahakan.

Kalau kita tgk balik kisah dakwah Nabi Nuh AS, kita akan temui satu nasihat agung yang baginda sampaikan kepada kaumnya yg mana min rasa nasihat yang sangat relevan dengan hidup kita hari ini. Dalam Surah Nuh, Allah merakamkan kata-kata Nabi Nuh kepada kaumnya:

"Maka aku katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai."(Surah Nuh: 10-12)

Lihat bagaimana istighfar boleh menarik kembali nikmat hujan, hasil tanaman, zuriat dan rezeki melimpah. Maknanya, dosa ialah penghalang utama keberkatan dan kelapangan rezeki, taubat dan istighfar membuka kembali pintu-pintu langit.

Dalam ayat tadi, Nabi Nuh tak suruh mereka bekerja lebih kuat, tapi kembali kepada Allah dengan taubat dan istighfar. Kita pun sama. kadang-kadang terlalu fokus nak 'usaha zahir', tapi lupa 'usaha batin'. Rezeki bukan sekadar usaha, tapi juga keberkatan dan reda dari Allah. Dan keberkatan itu tidak akan datang selagi hidup kita penuh dengan dosa yang belum disucikan.

Antara dosa yang sangat memberi kesan kepada rezeki ialah memutuskan silaturrahim, zalim dgn org lain, tinggal solat, sombong, atau makan harta haram. Semua ini bukan sahaja mengundang kemurkaan Allah, malah menyumbat saluran-saluran rezeki yang sepatutnya mengalir dalam hidup kita. Sebab tu dalam Surah al-A'raf ayat 96, Allah berfirman:

"Jika sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi..."
(Surah al-A'raf: 96)

Ingat! Allah tak pernah berkira untuk memaafkan walaupun kita sering ulang dosa yang sama. Syaratnya, kita kena ikhlas bertaubat dan betul-betul ingin berubah. Setiap istighfar yang keluar dari hati akan bersihkan dosa2 kita dan buka semula pintu rezeki. Kadang-kadang rezeki tu bukan dlm bentuk duit pun tapi ketenangan, kesihatan, anak yang soleh, pasangan yang memahami.

Lazimilah istighfar. Kdg2 kita ni tak sedar pun kita ada buat dosa. Kata Imam Hasan al-Basri, "Beristighfarlah kamu di waktu pagi dan petang, nescaya Allah akan limpahkan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." 

Leave Comments