By maisarah on Thursday, 13 August 2026
Category: Tazkirah

Mukjizat terbesar sudah ada di depan mata, tapi masih sibuk mencari benda yang luar biasa & pelik

Kalau sebut tentang mukjizat Nabi Musa AS, kita terus teringat tongkat. Tongkat yang bila dicampakkan, berubah jadi ular dengan izin Allah. Kalau Nabi Isa AS pula, antara mukjizatnya ialah menyembuhkan orang yang buta sejak lahir dan penyakit sopak, bahkan menghidupkan orang yang telah mati dan ini semuanya dengan izin Allah. Tapi bila kita bercakap tentang Nabi Muhammad SAW, apa mukjizat yang paling utama? Al-Quran. Dan sebenarnya, ni sangat menarik untuk kita fikirkan. Kenapa mukjizat utama Nabi Muhammad SAW ni bukan sesuatu yang pelik dan luar biasa untuk dilihat dengan mata, tapi sebuah kitab yang perlu dibaca, difahami dan ditadabbur?


Allah memang memberikan mukjizat kepada para nabi sesuai dengan umat dan zaman mereka. Nabi Musa AS berhadapan dengan kaum yang sangat kagum dengan sihir, jadi Allah tunjukkan mukjizat yang mengalahkan apa yang mereka anggap sebagai luar biasa dan Nabi Muhammad diutuskan sebagai rasul terakhir untuk seluruh manusia, maka mukjizat terbesar Baginda bukan sekadar benda yang hanya disaksikan oleh manusia pada zaman tu je, kemudian berakhir. Al-Quran ni akan terus ada. Kita hari ini boleh baca ayat yang sama yang dibaca oleh para sahabat lebih 1,400 tahun dahulu. Allah berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Zikr (al-Quran), dan Kamilah yang memeliharanya." (Surah al-Hijr: 9).


Sebab itu Nabi sendiri sebut satu keistimewaan yang sangat besar tentang al-Quran. Kita tidak pernah tgk tongkat Nabi Musa AS berubah jadi ular tapi kita masih boleh buka al-Quran hari ini. Bila Nabi SAW bawa al-Quran, orang musyrikin tetap mintak perkara2 luar biasa. Mereka bukan sekadar nak mendengar ayat Allah tapi mintak macam macam sehinga Allah rakam permintaan mereka dalam Surah al-Isra' ayat 90–93. Tapi betul ke manusia ni masih tak cukup bukti untuk beriman atau sebenarnya cari alasan sbb taknak tunduk dengan kebenaran? Ini yang kadang-kadang berlaku kepada kita jugak. Kita suka benda yang pelik, luar biasa dan sensasi. Kalau seseorang datang membawa al-Quran dan ajak tadabbur mungkin kita biasa sahaja tapi kalau ada cerita tentang seseorang ada benda pelik, tahu perkara ghaib atau mempunyai sesuatu yang luar biasa, cepat pulak kita kagum dan sebarkan.


Kenapa manusia mudah tertarik dengan benda-benda pelik? Salah satu sebabnya mungkin sbb benda pelik boleh buat kita kagum dan tak memaksa kita berubah. Kata ustaz Muein kita suka tgk sesuatu yang luar biasa yg buat kita kagum, kemudian kita balik seperti biasa tapi Quran lain. Al-Quran bukan sekadar nak buat kita kagum. Al-Quran datang utk ubah kita. Bila kita baca tentang solat, kita kena solat. Bila baca tentang menjaga lidah, kita kena berhenti mengumpat. Bila baca tentang dosa, kita kena tinggalkan. Bila baca tentang taubat, kita kena kembali kepada Allah sebab itu al-Quran kadang-kadang terasa berat, bukan sbb ayatnya susah, tapi sbb ia sentuh bahagian diri yang kita sendiri tidak mahu ubah. 


Al-Quran bukan hanya kerana bahasanya indah tapi dalamnya ada berita tentang perkara yang Nabi Muhammad SAW tak mungkin tahu melalui pembelajaran manusia biasa. Baginda SAW seorang ami (buta huruf) dan Allah berfirman bahawa sebelum al-Quran diturunkan, Baginda tidak membaca kitab dan tidak menulisnya dengan tangan Baginda. (Surah al-'Ankabut: 48). Kemudian al-Quran menceritakan kisah umat terdahulu dengan begitu terperinci. Kisah Nabi Musa AS, Firaun, Bani Israil, Ashabul Kahfi dan banyak lagi. Jadi, rasa2nya dari mana Baginda tahu cerita2 telah berlaku jauh sebelum Baginda lahir? Jawapannya: wahyu daripada Allah.


Begitu juga apabila al-Quran ceritkan ttg kehidupan lps kematian, alam barzakh, hari kebangkitan, syurga dan neraka. Nabi SAW belum alami semuatu ketika Baginda menyampaikan berita tersebut kepada manusia tapi Baginda menceritakannya berdasarkan wahyu Allah. Sebab itu Allah menyebut dalam Surah al-Najm bahawa Nabi Muhammad SAW tidak berkata-kata menurut hawa nafsunya dalam menyampaikan wahyu apa yang disampaikan itu adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya (Surah al-Najm: 3–4).


Jadi mungkin kita perlu ubah sedikit cara kita melihat mukjizat. Mukjizat bukan sekadar sesuatu yang pelik/magik tapi bawa kps sesuatu yang lebih besar.


Hari ini kita mungkin tak pernah nampak tongkat Nabi Musa AS berubah menjadi ular tapi kita ada sesuatu yang jauh lebih dekat dengan kita iaitu al-Quran yang boleh kita pegang, baca dan tadabbur setiap hari. Kita boleh dengar ayat Allah dalam telefon. Kita boleh baca terjemahannya. Kita boleh kaji sejarahnya. Kita boleh tengok mcm mna ia berbicara tentang manusia, kehidupan, kematian dan akhirat
Kadang-kadang masalah kita bukan kekurangan bukti. Masalah kita ialah hati yang belum nak terima kebenaran dan perubahan. Sebab itu Allah ingatkan kita yg bukan mata yang buta tapi hati. Kita mungkin dah tahu banyak tentang Islam, dah dengar banyak ceramah, sudah baca banyak ayat al-Quran tapi ilmu yang tidak membawa kita kepada perubahan akhirnya hanya menjadi pengetahuan.
Jadi, tak perlu tunggu smtg yang pelik-pelik sampai kita terlupa dengan mukjizat yang paling dekat dengan kita. 

Leave Comments