Kita kan selalu cuba amalkan untuk baca quran tapi kita pernah tak terfikir, lepas dah 10 tahun kita baca quran, apa kesannya pada hati kita? Kita mungkin jadikan bacaan sebagai amalan tapi pernah tak kita rasa hati kita ttp sama . Kita tak berubah, contoh sebelum baca Quran kita ni panas baran dan lepas dah baca selama beberapa tahun ni pun penyakit panas baran kita ni tak surut-surut? Sedangkan kita tahu yang Quran ni bukan sekadar untuk kita baca je sampai habis tapi Allah ni Dia turunkan Quran utk kita faham, fikir dan amik pengajaran dan sebab itulah tadabbur ni sangat penting. Bila kita tadabbutr, kta bukan sahaja baca perkataan arab tapi lkita cub slow down nak faham apa yang Allah nak sampaikan melalui ayatni.
Allah ada tegur, firman-Nya
Belum tibakah masanya bagi orang-orang yang beriman untuk hati mereka tunduk khusyuk mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah diturunkan?
Surah al-Hadid ayat 16
Kemudian Allah remind supaya jangan jadi macam orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, tetapi setelah berlalu masa yang panjang, hati mereka masih keras. Ayat ini sebenarnya sangat dekat dengan realiti kita. Kita bukan tak ada al-Quran. Dalam rumah ada al-Quran, dalam telefon ada al-Quran. Setiap hari kita boleh dengar bacaan al-Quran. Tetapi persoalannya, rasa2 quran boleh dah ke ketuk pintu hati kita? Atau kita sudah terlalu biasa sehingga ayat Allah tidak lagi beri kesan?
Sebab itu dalam kehidupan seorang mukmin, kita bukan hanya kena baca banyak, tapi kita kena nak al-Quran yg kita baca ni beri kesan dekat hati dan kehidupan. Bila baca ayat tentang sabar, kita cuba belajar sabar. Bila baca tentang dosa, kita rasa takut untuk melakukannya. Bila baca tentang taubat, kita rasa mahu kembali kepada Allah. Bila baca tentang syurga, kita rasa rindu dan mahu berusaha mendapatkannya. Bila baca tentang neraka, kita rasa takut dan mahu menjauhinya. Inilah antara kesan tadabbur dan salah satu tanda hati yang tersentuh ialah kita boleh menangis sbb takut, berharap dan cinta kepada Allah.
Kita boleh tengok bagaimana generasi terdahulu berinteraksi dengan al-Quran. Abdullah bin Mas'ud RA pernah baca depan Nabi SAW sehingga mengalirkan air mata.
Dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim juga terdapat hadis tentang orang yang mengingati Allah dalam keadaan bersendirian lalu air matanya mengalir adalh salah satu daripada tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya. Ini menunjukkan bahawa menangis kerana takut dan menghayati kebesaran Allah adalah sesuatu yang sangat mulia.
Tapi dekat sini kita kena faham satu perkara. Kalau kita tak menangis masa baca al-Quran, tak bermaksud kita terus jadi munafik atau tak beriman. Ada orang yang hatinya tersentuh tetapi air mata tak keluar. Ada orang yang mengambil masa untuk benar-benar merasai sesuatu ayat. Jadi jangan jadikan air mata sebagai measurement mutlak iman seseorang. Tetapi dalam masa yang sama, jangan pula kita terlalu selesa dengan hati yang langsung tidak rasa apa-apa. Kalau sudah bertahun-tahun baca al-Quran tapi kita tak pernah cuba faham maknanya, tak pernah cuba tadabbur, mungkin sudah tiba masanya kita check balik keadaan hati kita.
Sebab pelik kan? Kita boleh menangis sbb sesuatu yang kita sayang tapi bila Allah bercakap dekat kita melalui quran, kita boleh baca dgn rasa yang sama dan biasa setiap hari. Bukan salah untuk menangis kerana urusan dunia. Kita manusia, tapi kalau hati kita mudah tersentuh dengan dunia, sedangkan langsung tidak tersentuh dengan peringatan Allah, itu sesuatu yang patut kita muhasabah.
Mungkin selepas ini kita boleh ubah sedikit cara kita membaca al-Quran. Tak semestinya kena baca berpuluh-puluh muka surat. Cuba baca sedikit, kemudian baca terjemahan.
Sebab akhirnya, kita tak nak jadi orang yang hanya ada al-Quran, tapi quran tu tak berkesan pun. Kita tak nak hanya bangga boleh habiskan satu juzuk sehari, tetapi hati kita masih keras dan akhlak kita tidak berubah. Kita mahu al-Quran menjadi sesuatu yang hidup dalam diri kita, sesuatu yang tegur kita ketika kita salah, menenangkan kita ketika kita susah, menakutkan kita ketika kita hampir kepada dosa dan mengingatkan kita bahawa kita sentiasa ada jalan untuk kembali kepada Allah.