By maisarah on Monday, 07 July 2025
Category: Tazkirah

Coretan Ziarah

​Saya Tahu Allah Uji sebab Sayang, tapi, saya tak kuat, lepas satu2 ujian yg datang- kata seorang akak Indian Muslim

Beberapa hari lepas, min berpeluang menziarahi seorang akak yg tinggal di sebuah "rumah tinggal" dan hanya menyewa satu bilik dengan kos RM250. Dia seoarang mualaf. Pada tahun 2022 baru masuk Islam.

Katanya dulu kawan2 dan kenalan terdekat ramai muslim, lama2 suka tgk cara Islam dan akhirnya masuk Islam. Masatu dah berkahwin, bgtau suaminya nak masuk Islam dan dia juga ajak suaminya utk sama-sama masuk Islam. Alhamdulillah, suaminya ikut. Tiada halangan dari keluarga sebab katanya, memang tiada siapa-siapa lagi. Hidup dia hanya bertiga (suami, dia dan anak). Setelah suaminya masuk Islam, mereka mula belajar agama sama-sama.

Qadarullah, beberapa bulan selepas tu suaminya meninggal. Dulu suaminya yang provide segala barang keperluan asas rumah, tapi kini dia yg kena take over. Keluarga yg lain takde nak minta tolong. Dulu kerja, lepastu skrg kedai yg dia kerja tutup dan kini dah 3 bulan masih job hunting. Taktahu apa peluang kerja yg dia boleh buat kerana dia tak pandai membaca menulis. Banyak kedai2 spt kedai makan dia pergi cari kerja sesuai dengan kemampuan dia, tapi semuanya suruh tinggalkan nombor telefon dan selepas itu masih tak hubungi dia lagi.

Min senyum tgk akak tu dan kata kpdnya, Allah uji sebab Allah sayang kamu dan percayalah Allah ni tak zalim dan dia takkan uji akak melebihi kemampuan akak.

Hadis Nabi: Sesungguhnya besarnya balasan itu bergantung kepada besarnya ujian. Dan sesungguhnya apabila Allah mencintai suatu kaum, Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang reda, maka baginya keredhaan Allah, dan barangsiapa yang murka, maka baginya kemurkaan Allah.
(Riwayat Tirmizi, no. 2396)

Ujian akak hebat sebab akak orang yg hebat2. Dan dia nak tgk bila Dia uji ni akak terima atau putus asa. Dan yakinlah kalau akak terima dengan lapang dada, Dia pun akan reda dengan kakak.

Kata tu jawab: Saya tahu Allah uji sebab Allah sayang. Tapi boleh tak kalau satu-satu? Saya penat. Saya tak kuat. Suami saya Allah ambil. Sekarang kerja pula tak ada. Saya nak hidup macam mana? Saya takpe, tapi anak saya. Dia kecil lagi, selalu tanya hari ni nak makan apa…

Min terkedu. Tak tahu nak jawab apa lagi. Kata-kata biasa seperti "Sabar ya kak… Allah akan tolong" terasa ringan sangat kalau nak dibandingkan dengan berat ujian yang sedang dia pikul. Tapi dalam diam min tahu dia kuat. Sebab walaupun semua yang dia sandarkan dah hilang, dia masih percaya Allah sayang dia.

Hari tu kami datang bukan bawa solusi besar. Kami cuma mampu hulurkan sedikit bahan asas masakan, sekadar nak ringankan harinya dan isi perut anaknya. Kami ada berhajat nak bantu carikan akak kerja, tapi alhamdulillah sehari lepastu akak ni hantar voice message, katanya dah dapat kerja. Suaranya happy sangat.

Itulah Dia Tuhan kita al-Latif (Yang Maha Lembut dalam mengatur takdir).
Dia tangguhkan sesuatu, bukan sebab benci. Tapi sebab Dia sedang susun sesuatu yang lebih baik. Jika hari ini kamu diuji, percayalah, bukan kamu seorang. Ramai yang sedang bertarung jiwa. Tapi Allah tetap ada, mendengar dan memelihara.

Oh lupa nak bgtau, akak ni masuk Islam dan shingga kini dia masih belajar mendalami agama Islam dgn seorang ustaz yang bertugas di Hidayah Centre, alhamdulillah. Doakan akak ni kuat ya dan dipermudahkan segala urusan. 

Leave Comments