IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
3 minutes reading time (574 words)

Lepas menang kena bertasbih dan istighfar? Tapi kenapa?

WhatsApp-Image-2025-03-27-at-3.05.24-PM

Dalam kehidupan, kita sering mengukur kemenangan dengan pencapaian dunia spt kejayaan dalam kerjaya, kekayaan atau pengaruh. Tetapi dalam Surah an-Nasr, Allah SWT mendidik kita bahawa kemenangan yang hakiki bukan sekadar kejayaan lahiriah, tetapi bagaimana kita mengakhiri hdup kita. Sama ada dapatkeampunan dan rahmat Allah atau tak.

Kemenangan Rasulullah SAW dan Perintah Istighfar

Rasulullah SAW telah berjuang menyebarkan Islam selama 13 tahun di Mekah, menghadapi pelbagai cabaran yang mencabar kesabaran. Dakwah baginda ditentang, dicemuh. Kemudian Allah perintahkan hijrah ke Madinah, yang menjadi titik perubahan besar dalam perjuangan Islam. Setelah melalui peperangan demi peperangan, akhirnya Islam berjaya membuka Kota Mekah tanpa pertumpahan darah. Ini adalah kemenangan terbesar dalam sejarah Islam.

Namun, setelah kemenangan besar ini, wahyu yang turun bukanlah perintah untuk bergembira, tetapi sebaliknya:

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk ke dalam agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat."
(Surah an-Nasr: 1-3)

Bukannya berpestai, tapi istighfar dan tasbih.

Ini menimbulkan persoalan: Bukankah Rasulullah SAW maksum (terpelihara daripada dosa)? Mengapa Allah perintahkan baginda untuk beristighfar?

Isyarat Perpisahan

Ibnu Abbas RA, seorang sahabat yang terkenal dengan kefahamannya terhadap al-Quran, mentafsirkan ayat ini sebagai isyarat bahawa ajal Rasulullah SAW semakin hampir. Islam telah sempurna, dan tugas baginda di dunia hampir selesai.

Kisah ini memberikan satu pengajaran besar: kemenangan sebenar bukan sekadar pencapaian duniawi, tetapi bagaimana kita mengakhiri kehidupan ini dengan keampunan Allah.

Mengapa Istighfar Selepas Kemenangan?

Konsep ini sebenarnya sudah disebut dalam beberapa ayat lain dalam al-Quran. Sebagai contoh, selepas menunaikan ibadah haji, Allah SWT berfirman:

"Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya orang ramai (Arafah), dan mintalah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(Surah al-Baqarah: 199)

Selepas ibadah yang besar seperti haji, kita tetap diperintahkan untuk beristighfar. Ini kerana manusia tetap memiliki kekurangan dan hanya dengan keampunan Allah, sesuatu amalan itu menjadi lebih sempurna dan diterima.

Begitu juga dengan Rasulullah SAW, walaupun baginda sudah mencapai kemenangan besar, istighfar tetap menjadi keutamaan. Ia sebagai lambang ketundukan kepada Allah, bahawa kejayaan bukanlah kerana usaha kita semata-mata, tetapi kerana rahmat dan pertolongan-Nya.

Pengajaran untuk Kita

1. Jangan tertipu dengan kejayaan dunia

Hari ini, ramai yang mengejar kemenangan dalam bentuk kekayaan, pangkat, dan kejayaan peribadi. Namun, kemenangan terbesar adalah apabila kita dapat mengakhiri hidup dalam keadaan diampuni oleh Allah.

2. Amalan sahaja tidak cukup untuk ke syurga

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada seorang pun yang akan masuk syurga kerana amalannya." Para sahabat bertanya, "Termasuk engkau, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Ya, termasuk aku, kecuali jika Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku."
(HR Bukhari & Muslim)

Syurga itu terlalu mahal. Tidak mungkin kita boleh 'membelinya' dengan amalan yang terbatas, sedangkan syurga tenpay kembali yang kekal abadi. Oleh itu, kita amat memerlukan rahmat dan keampunan Allah.

3. Istighfar sebagai kunci kejayaan hakiki

Rasulullah SAW sendiri, ketika hampir wafat, semakin banyak beristighfar dalam rukuk dan sujudnya. Aisyah RA meriwayatkan bahawa baginda membaca:

سُبْحانَكَ اللهُ اللهم وبِحَمْدِكَ اللهم اغفر لِي

"Subhanakallahumma wa bihamdika, Allahummaghfirli."
(Maha Suci Engkau, Ya Allah, dan dengan segala pujian bagi-Mu, ampunkanlah aku.)

Jika Rasulullah yang sudah dijamin syurga pun memperbanyakkan istighfar, apatah lagi kita yang penuh dengan dosa?

Surah an-Nasr bukan sekadar kisah kemenangan Rasulullah SAW, tetapi ia adalah pesanan sebelum baginda meninggalkan dunia ini. Ia mengajarkan kita bahawa kemenangan bukan tentang penguasaan dunia, tetapi bagaimana kita kembali kepada Allah dalam keadaan diampuni.

Jadi, jangan hanya sibuk mengejar kejayaan dunia, tetapi perbanyakkan istighfar. Kerana akhirnya, yang paling kita perlukan bukanlah amalan kita, tetapi rahmat dan keampunan Allah SWT

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

JURNAL IKTIKAF RAMADAN 2025
Tadabbur Surah Al-Humazah: Ramadan, Madrasah Tarbi...
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Saturday, 21 June 2025