Seminar Qiyamah 2017 adalah satu program kesinambungan daripada seminar Qiyamah yang telah diadakan pada Disember tahun lepas. Seminar Qiyamah 2016 mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta dan komen positif daripada pelbagai pihak. Justeru, pihak penganjur program berhasrat untuk meneruskan program ilmiah ini dengan pendekatan dan topik yang lebih menarik disamping mengekalkan konsep dan format asal program tanpa banyak perubahan.

Matlamat anjuran program ini adalah bagi menanam kesedaran yang tinggi terhadap masyarakat tentang perihal hari dan fitnah akhir zaman yang semakin meruncing. Sebagai seorang muslim yang beriman, persediaan serta persiapan daripada segi ilmu, mental dan fizikal harus dilakukan bagi menghadapi musibah dan bencana akhir zaman yang dasyat bagi menyelamat iman, diri serta keluarga.

Seminar Qiyamah Sesi 1

Seminar Qiyamah Sesi 3

Seminar Qiyamah Sesi 2

Seminar Qiyamah Sesi 4