Baru-baru ni kita berkesempatan join ceramah Ustaz Zul Ramli M Razali di Masjid Tepian Putra.
Ustaz share yang puasa ni bukan sekadar tahan diri dari makan dan minum. Puasa sebenarnya mengajar kita satu benda paling penting iaitu sabar. Bila kita berpuasa, kita akan rasa macam mana nak kawal emosi, kesabaran diuji dan juga keikhlasan hati kita.
Allah sebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 183:يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.
So, puasa bukan sekadar menahan lapar, tapi untuk tingkatkan taqwa dalam dalam proses nak tingkatkan tu kena banyak sabar dan ikhlas. Nama Ramadan asalnya sebab bulan ni selalu jatuh musim panas. Tapi bukan pasal musim je. Bila kita berpuasa, banyak benda "panas" mula muncul. Contohnya bila lapar, kalau orang tersilap sikit kita boleh cepat marah atau hilang sabar. Jadi Allah sebenarnya nak ajar kita control diri, jadi sabar dan ikhlas.
Dalam bulan puasa juga, kita digalakkan untuk jadi manusia yang bertakwa (buat apa yang Allah suka, tinggalkan apa yang Allah larang sebab sedar Allah selalu ada dan memerhati kan kita)
So macam mana nak capai taqwa? Mulakan dengan solat taubat.Allah sebut dalam Surah At-Tawbah ayat 112:
Orang-orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, mereka itu akan bersama-sama Allah dan Allah akan mengampuni mereka.
ٱلتَّـٰٓئِبُونَ ٱلْعَـٰبِدُونَ ٱلْحَـٰمِدُونَ ٱلسَّـٰٓئِحُونَ ٱلرَّٰكِعُونَ ٱلسَّـٰجِدُونَ ٱلْـَٔامِرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَٱلنَّاهُونَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَٱلْحَـٰفِظُونَ لِحُدُودِ ٱللَّهِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلْمُؤْمِنِينَ
Kita manusia memang tak lari dari dosa, jadi banyakkan mohon ampun. Bila hati rasa berat atau putus asa, ingatlah Allah itu Maha Pemaaf dan sentiasa memberi peluang untuk kita kembali.
Dalam satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Aisyah RA bertanya kepada Nabi SAW:
Wahai Rasulullah, kalau aku tahu malam Lailatul Qadar, apa yang patut aku ucap atau doa?
Nabi SAW jawab, fokus pada doa ini: mohon ampun, dekatkan diri dengan Allah, banyakkan ibadah dan qiyam. Doa yang Nabi ajar antara yang selalu diamalkan ialah:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya, Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf, suka pada keampunan, maka ampunilah aku.
Di akhir ceramah, Ustaz pimpin bacaan doa yang Nabi amalkan untuk ketenangan hati dan menjadikan al-Quran sebagai penawar kesedihan:
اللهمَّ إنِّي عبدُك، ابنُ عبدِك، ابنُ أمَتِك، ناصيتي بيدِك، ماضٍ فيَّ حُكمُك، عدلٌ فيَّ قضاؤُك، أسألُك اللهمَّ بكلِّ اسمٍ هو لك سمَّيتَ به نفسَك، أو أنزلته في كتابِك، أو علَّمته أحدًا مِن خلقِك، أو استأثرت به في علمِ الغيبِ عندَك، أن تجعلَ القرآنَ ربيعَ قلبِي، ونورَ صدرِي، وجلاءَ حزني، وذَهابَ همِّي وغمِّي
Doa ni cantik sebab mengingatkan kita bahawa segala ujian dan kesedihan boleh dilepaskan dengan mendekatkan diri kepada Allah dan menjadikan al-Quran sebagai rujukan hati.