Sayur, Ayam, Daging, Kecerdasan Buatan, dan Islam: Kepentingan Keaslian
Pernah tak terfikir, kenapa kita sekarang ni sibuk sangat dengan makanan organik? Kalau pergi pasaraya, mesti kita akan nampak sayur, ayam, dan daging yang ada label organik. Sebenarnya, semua ini bermula kerana ada sebahagian dari kita nak makan benda yang lebih sihat dan selamat. Sebab apa label ni ada dan wujud? Sebab sekeliling kita ni, makanan tidak lagi selamat.Dulu-dulu, semua makanan memang organik,jadi takperlu ada label. Tapi sekarang banyak makanan yang tak organik,cara penghasilannya penuh dengan bahan kimia dan racun perosak, sebab tu nampak cantik je kan!
Makanan Organik vs. Tidak Organik: Produk organik ditanam dan dipelihara tanpa bahan kimia, dan ramai orang pilih makanan organik sebab mereka tahu ia lebih baik untuk kesihatan mereka. Produk yang tak organik, sebaliknya, boleh menjadi bahaya untuk kesihatan dalam jangka masa panjang, boleh bawa kepada penyakit seperti kanser dan juga penyakit-penyakit pelik yang tak pernah kita dengar sebelum ini. Sekarang tak nampak lagi, tapi bila badan dan mula menua, pelbagai sakit yang akan muncul.Mana datang puncanya? Semestinya dari makanan yang dihasilkan dari sumber-sumber yang tidak organik. Jadi, kalau kita boleh pilih yang lebih baik dan selamat, kenapa nak ambil risiko, kan? Tapi sebilangan atau ramai dari kita ada sifat malas. Malas nak cari yang organik sebab susah nak cari, tak tahu nak cari kat mana dan harga pun boleh tahan mahal dari yang biasa. Apa nak fikir lebih-lebih dan susahkan diri? Makan je lah kan, asal kenyang habis cerita. Tapi sesekali tidak bagi mereka yang pentingkan kesihatan badan,tidak ada kompromi. Makanan yang nak masuk kedalam badan mestilah yang paling baik dan selamat. Nak tak nak, usaha yang lebih perlu dibuat untuk dapatkannya. Lebih baik lapar dari makan 'Junk Food'.Sanggup ke kita tuang minyak diesel dalam kereta yang guna enjin petrol?
Kandungan AI vs. Kandungan Asli: Cerita pasal teknologi, sekarang dunia digital pula dikuasai oleh kecerdasan buatan (AI). Banyak kandungan digital seperti artikel dan grafik dibuat oleh AI. Memang cepat dan mudah, tapi masalahnya, kandungan yang dibuat oleh AI ni kurang asli dan tak ada 'jiwa'. Manusia jadi kurang berfikir dan malas. Yelah semua dah jadi makin mudah, kenapa nak susahkan diri? Guna sahaja, asal kerja siap dan gaji dapat. Sebab tu, bila kita jumpa kandungan yang dibuat secara manual oleh manusia, kita rasa lebih berharga dan bermakna.Lukisan manual yang dilakar oleh tangan lebih dihargai dari grafik ai walaupun janaan ai jauh lebih cantik. Maknanya cantik tu takdelah penting sangat, tapi usaha,kualiti dan authenticity tu yang amat-amat dihargai. Kandungan yang dihasilkan oleh manusia ada sentuhan peribadi, kreativiti, dan keaslian yang mana AI tak boleh tiru.
Keaslian dalam Beragama: Begitu juga dengan agama, kita bawa analogi yang ini kepada kehidupan beragama pula. Sama sahaja. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah murni dan begitu sempurna. Tapi, sepanjang berabad-abad sehingga agama ini sampai kepada kita hari ini, ada banyak pengaruh luar dan inovasi yang mencampur-adukkan amalan asal. Sehingga amalan yang bukan agama telah dianggap sebahagian dari agama. Pada hematnya, kita perlulah buat lebih untuk dapat ganjaran lebih, walaupun perkara itu nabi tak buat asalkan ianya berniat baik.Bukankah agama kita asalnya sudah sempurna lengkap. Namun, ramai orang lebih mudah ikut trend dan 'amalan' yang popular, tanpa fikir panjang tentang keasliannya. Mereka tak kisah nak buat bid'ah(perkara yang nabi tidak amal) atau tak rasa apa-apa kesalahan, yang penting ikut apa yang orang ramai buat, itu sudah cukup menjadi hujah yang menunjukkan amalan itu betul dan benar. Sedangkan, hujah benar dan salah itu bukan ada pada ramai orang yang buat sesuatu amalan, tetapi ia terletak pada Al-Quran dan diri Baginda Nabi SAW. Bid'ah itu samalah macam makanan tak organik, ia bahaya. Tapi kebanyakkan kita tak kenalkan? sebab kurang ilmu,tak ada kesedaran dan ia masih dianggap 'makanan' walaupun pada hakikatnya bukan. Jajan bukannya makanan, melainkan sampah yang dianggap makanan oleh kebanyakkan orang.
Tapi disebalik itu mesti ada golongan yang betul-betul serius tentang keaslian dalam beragama. Macam golongan yang nak makan organik tadilah. Pentingkan kualiti.Mereka berusaha untuk mempraktikkan Islam seperti versi yang asal, tanpa campur tangan inovasi dan pengaruh luar. Islam yang hadir pada 3 generasi awal. Walaupun mereka mungkin dianggap pelik atau 'rare', bahkan dilabel dengan pelbagai labelan yang tidak enak didengar, mereka tetap teguh dengan pendirian mereka sebab mereka tahu apa yang mereka buat adalah yang terbaik dan paling selamat untuk agama mereka. Hujah mereka tidak lain dan tidak bukan adalah dari 2 sumber utama yang ditinggalkan Nabi, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Nabi beritahu, sesiapa yang melihat perselisihan yang banyak di akhir zaman, kemudian dia teguh berpegang kepada dua perkara ini, pasti mereka tidak sesat. Bila tidak sesat, pastilah mereka akan selamat.
Kesimpulan: Sama macam kita pilih makanan organik sebab nak jaga kesihatan, dan kandungan asli sebab nak kualiti, kita juga patut pilih dan pastikan amalan agama yang kita nak buat tu betul-betul yang asli dan murni. Kalau nak dengar berita, pasti kita taknak dengar berita palsu. Orang yang suka dengar berita palsu,suka makan sampah, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Mempraktikkan agama dalam bentuk yang asal adalah penting untuk memastikan kita berada di jalan yang betul,selamat dan menjaga kesucian agama. Kerana apa? Kerana ada ancaman yang besar dari Nabi bagi mereka yang mengamalkan amalan yang Nabi tidak ajarkan. Jadi agama ni takleh buat pandai-pandai, Nabi adalah contoh kita, nak selamat,ikut sahaja. Jadi, jom kita sama-sama berusaha untuk lebih sedar dan pilih keaslian dalam setiap aspek kehidupan kita, termasuk dalam beragama. Anda punyai pandangan yang berbeza? Kongsikan di ruangan komen!