IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
2 minutes reading time (487 words)

Syarat Masuk Syurga

WhatsApp-Image-2025-07-16-at-12.52.21-PM

 Dulu, sebelum belajar tadabbur, min ingat syarat nak masuk syurga ni kena Islam dan banyak amalan. Tapi ternyata bukan. Kata ustaz, syurga ni tiada nilai. Mana mungkin amalan yg kita buat dekat dunia ni (anggran dalam 50-70) tahun melayakkan kita masuk syurga yg kekal buat selama-selamanya, yg membuatkan min terfikir dan rasa logik juga. Yelah amalan kita buat dekat dunia ni rasa tak mampu nak bayar nilai syurga. Slps min belajar lagi, akhirnya min temukan jawapan yang kita sebenarnya masuk syurga bukan sebabn amalan kita semata tapi sebab rahmat Allah. 

Pernah dengar kisah pelacur yg beri minum anjing yg haus? Kalau ikutkan bila kerja sebegitu amalannya tak melebihi org yg btul2 mengabdikan diri kpd Allah kan? tapi, berkat rahmat (kasih sayang) Allah, Allah janji syurga buatnya. Jadi, tak semestinya org yg hidup lama tu dijamin syurga dan tak semestinya org yg meninggal muda tak dpt masuk syurga sbb amalan yg dia buat dekat dunia singkat. Kita semua masuk syurga kerana rahmat Allah. Tapi, macam mana nak dapat rahmat Allah?

Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah al-Baqarah, ayat 218)

Allah gariskan 3 ciri utama yang membolehkan kita layak berharap pada rahmat-Nya. Jom kita hadam satu-satu:

1. Beriman, dgn percaya sungguh-sungguh

Iman itu bukan setakat Islam dalam IC. Tapi, iman itu percaya dengan hati, ucap dengan lisan, dan dibuktikan dengan amal. Ramai orang baik di dunia ni bantu orang susah, sopan, pemurah tapi kalau takde iman, semua itu tak cukup untuk bawa ke syurga.

Sebab itu Nabi SAW bersabda:

"Sesiapa yang akhir perkataannya 'Laa ilaha illallah' sebelum dia mati, dia akan masuk syurga."
(Hadis Riwayat Abu Dawud) Hijrah bukan semata-mata berpindah tempat.

Hijrah itu perjuangan untuk berubah.

2. Hijrah

Zaman Nabi, sahabat terpaksa tinggalkan Mekah, kampung halaman, harta benda hanya kerana mahu pertahankan iman. dan ikut arahan Allah. Zaman sekarang, hijrah kita mungkin, berhenti hisap rokok, berhenti menipu, berhenti cakap pasal org, berhenti bercinta tanpa halal walaupun hati sgt sayang

Hijrah ni memang sakit dan susah. Tapi, Allah sendiri yg letakkan ia mnjdi syarat untuk jmasuk syurga Allah. 

Nabi SAW bersabda:
"Hijrah tidak akan terputus sehingga terputus taubat dan taubat tidak akan terputus sehingga matahari terbit dari arah barat." (Hadis Riwayat Abu Dawud)

3. Jihad melawan nafsu

Ramai org anggap jihad semata2 ttg perang tapi sebenarnya jihat tu luas. Cth jihad, lawan malas nak solat, lawan rasa takut, malu utk dakwah, lawan ego utk maafkan org dan sebagainya. Kita mungkin tak sedar tapi sebenarnya itu juga dah dikira jihad. Ustaz penah kata, boleh jadi solat yg paling berat yg nak buat tu adalah solat pling ikhlas, sebab kita berjaya jihad lawan sifat malas dan buat semata2 sbb akur akan arahan Allah. 

Jadi ingt, utk masuk syurga, kita perlukan rahmat Allah dan nak dapatkan rahmat Allah kena memenuhi 3 syarat iaitu (beriman, berhijrah dan berjihad). Doakan min ya, xoxo


×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Rasa Iftiqar?
Hero Hijrah Ku 2025
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Sunday, 20 July 2025