IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
2 minutes reading time (334 words)

Rasa Iftiqar?

WhatsApp-Image-2025-07-17-at-2.16.01-PM

Kadang kita rasa hidup okay je. Nafas lancar, makan cukup, sihat walafiat. Tapi, kita lupa satu benda penting yg kita ni sebenarnya kena selalu berhajat pada Allah. Every second and every breath. 

Dalam bahasa Arab, ada satu istilah al-Iftiqar iaitu rasa sgt2 berhajat dan bergantung kpd Allah. Bukan masa susah je, tapi setiap masa. Tapi jujur, kita biasa rasa berhajat masa tengah down je kan? Masa duit tak cukup, result teruk, sakit, kecewa, masa tu baru air mata laju mohon dari Allah utk bantu. 

Tapi masa sihat? Masa gembira? Masa semua okay? Kita jarang rasa iftiqar ni. Sebab apa? Sebab kita rasa semuanya under control. Padahal hakikatnya, nafas kita pun Allah yang izinkan. Cuba bayang, tiba2 tak boleh bernafas baru kita sedar, oksigen pun rezeki Allah. Selama ni, kita hidup atas belas kasihan dan rahmat-Nya, tapi kita ambil mudah.

Sebab tu kita kena selalu doa. bukan sekadar minta duit, jodoh, kerja, sihat sebab semua tu sampingan je. Doa yang paling penting Nabi ajar kita:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Ya Allah, Tuhan yang bolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas agama-Mu.

Kenapa Nabi selalu baca doa ni? Sebab hati manusia ni fragile gila. Hari ni semangat nak taubat, esok lusa mungkin dah leka balik. Hari ni rasa nak berubah, minggu depan dah hanyut. Kita ni moody, berubah-ubah dn senang sangat lalai.

Tapi sedar tak, kita selalu minta rezeki dan kesihatan. Jarang kita mintak kekuatan untuk jaga iman, istiqamah dalam taubat dan hidayah hari-hari?

Padahal, rezeki tu Allah dah janji bagi. Kita minta atau tak, Allah tetap bagi ikut portion masing2. Tapi iman & hidayah? Kena minta. Kena jaga. Kalau tak, esok lusa hilang pelan2.

Kadang, kesihatan pun ujian. Bila sihat, kita lupa Allah. Tapi bila sakit, barulah kita sedar yg kita ni tak ada apa² pun. Semuanya milik Allah.

So mulai hari ni, belajar rasa iftiqar dgn minta Allah jaga hati kita. Doa sungguh-sungguh dan jgn tunggu susah baru cari Allah. Cari Dia masa senang juga.

Sebab… kita ni tak kuat. Tapi kita ada Allah, yang Maha Kuat lagi Maha Penyayang.

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Syarat Masuk Syurga
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Sunday, 20 July 2025