IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
3 minutes reading time (691 words)

Hero Hijrah Ku 2025

WhatsApp-Image-2025-07-14-at-10.56.56-AM

12 Julai 2025 - Alhamdulillah tsumma alhamdulillah! Walaupun pagi tu langit gelap, angin kuat, hujan lebat bertamu tapi semua tu tak mematahkan semangat anak-anak superhero kita untuk hadir ke Program Hero Hijrah Ku.

Kami sendiri pada awalnya agak risau, cuaca macam nak 'hijrah' ke musim tengkujuh aha tpi subhanallah, semua peserta tetap hadir penuh semangat, baju basah sikit pun masih tersenyum dan excited. Itulah namanya "semangat hijrah" yg bukan sekadar berpindah tempat, tapi berpindah jiwa dari biasa kepada luar biasa.



Slot pertama dimulakan dengan tayangan video animasi kisah Hijrah Nabi SAW, sebagai warm-up untuk anak-anak. Kemudian, Encik Abdul Azim berkongsi kisah perjalanan penuh getir Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar RA.  Kisah ini bukan saja cerita psl kena pindah, tapi penuh ibrah yg mengajarkan ttg nilai sabar, tawakkal, keberanian dan persiapan dalam merancang sesuatu.

Apa yang menarik, slot ini bukan semata cerita sejarah. Tapi diselitkan juga nasihat bagaimana kita sendiri boleh berhijrah jadi lebih baik, bermula hari ini.

"Sesungguhnya orang yang berhijrah kerana Allah, pasti akan mendapat tempat yang luas dan rezeki yang banyak."

[Surah an-Nisa', 4:100]

Muharram ni pun bukan calang-calang bulan. Ia bulan pertama dalam kalender Islam. Masa yang sangat sesuai nak 'reset' azam dan pasang niat baru. Kita ajar anak-anak, jadi superhero versi mereka sendiri, dengan iman dan akhlak sebagai kuasa utama

Lepas tu, anak-anak masuk slot yang dikendalikan oleh Teacher Lily. sesi buat Vision Board. Seronok tengok macam-macam gaya dan idea yang keluar dari kepala kreatif mereka. Ada yang nak jadi doktor, ada nak jadi nak soleh, ada nak jadi "hero dakwah", dan ada juga yang lukis buaya. Bila tanya kenapa buaya? Nak jadi berani katanya ahahah. Lain maciam yeee.

Sesi ni memang bantu mereka fikir: "Apa aku nak jadi nanti? Dan macam mana nak capai tu dengan cara Allah suka?"

Lepas siap hasilkan vision board, semua terus ke sesi makan. Walaupun program ni percuma dan fund kami pun sangat sederhana, tapi Allah tetap kirim rezeki. Ramai ibu bapa peserta dan penyumbang yang sudi sumbang makanan. Alhamdulillah. Ada nasi, nugget, sosej, puding, aiskrim, coklat, meriah sungguh. Anak-anak gembira tak terkata. Dikesempatan ini, kami nak ucapkan jutaan terima kasih sangat pada semua yang menyumbang. Moga Allah balas segala kebaikan awak semua. 

Dalam rezeki program ni, Allah tambah lagi satu nikmat, kebetulan ada pelajar dari Indonesia yang sedang belajar di Universiti Islam Madinah singgah ke Al-Jaafar. Kami terus ambil peluang ajak mereka berkongsi nasihat dan cerita.

Anak-anak excited bila tahu abang-abang ni datang jauh dari negara jiran. Mereka pun layan mesra siap guna slang Indo ya bila jawab dan tanya soalan ahahah. 

Last sekali sebelum ke masjlis penutup, kita teruskan dengan slot explorace. Sepatutnya ada banyak checkpoint dan tempat CP juga pelbagai, tapi disebabkan masa dan juga keadaan selepas hujan tadi, kita buat hanya disekitar surau, tapi alhamdulillha, masih berjlan dengan jayanya. Setiap checkpoint direka ikut plot penting dalam kisah Hijrah Nabi. Contohnya, checkpoint Asma' binti Abu Bakar yang hantar bekalan ke Gua Thur, kami buat game bawa bola pingpong atas sudu sambil lalu halangan, lambang kesabaran dan strategi.

Paling best, ada checkpoint Gua DIY, gelap-gelap siap ada 'labah-labah' (mainan) dan 'batu-batu gua'. Anak-anak masuk berkali-kali sebab seronok sangat, sampaikan masa dah habis pun masih ada yang request nak main lagi 

Akhir sekali, program ditutup dengan penyampaian hadiah untuk kumpulan terbaik dan solat Zohor berjemaah. Selesai solat, kami ambil sedikit masa kongsi amalan sunat selepas solat, seperti doa, wirid dan istighfar. Moga anak-anak bawa balik bukan saja hadiah, tapi juga ilmu dan semangat untuk terus jadi hero Islam.

Hijrah bukan soal tempat, tapi soal tekad.
Biar kecil langkah kita, asal ke arah Allah. 

Terima kasih semua yang hadir, menyumbang dan mendoakan. Moga Allah terima usaha kecil ini sebagai amal soleh dan inspirasi buat generasi muda.

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Syarat Masuk Syurga
Rezeki Sempit? Apa Punca?
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Sunday, 20 July 2025