Ziarah Mahabbah Kuantan: Menyantuni 50 Keluarga Asnaf di Sekitar Indera Mahkota
Skuad relawan Yayasan Kebajikan At-Tibyan berjaya melengkapkan misi agihan bekalan makanan bulanan dan ubat-ubatan asas kepada 50 pintu rumah keluarga yang memerlukan.
Alhamdulillah, pada hujung minggu yang lalu, skuad sukarelawan Yayasan Kebajikan At-Tibyan telah bergerak dari pintu ke pintu menyantuni keluarga asnaf dan warga emas di sekitar Bandar Indera Mahkota dan perkampungan berhampiran Kuantan. Sebanyak 50 pek makanan lengkap diagihkan, merangkumi beras wangi, barangan kering, susu tepung bayi, serta bantuan lampin pakai buang untuk warga emas terlantar.
Sokong Misi Kemanusiaan Kami
Setiap sumbangan anda membantu kesinambungan bantuan asnaf, program dakwah, dan pembangunan sahsiah belia di Kuantan.