IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
2 minutes reading time (335 words)

Coretan Khutbah Raya Korban 1446H

WhatsApp-Image-2025-06-10-at-2.32.59-PM

Setiap kali tiba 10 Zulhijjah, umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban dengan takbir dan ibadah penyembelihan haiwan seperti lembu, kambing atau unta. Namun, di sebalik sembelihan itu, terselit satu mesej penting iaitu korban bukan sekadar ritual fizikal, tetapi juga spiritual. Ia tentang menyembelih sifat-sifat buruk dalam diri kitaspt sifat sombong, tamak, cinta dunia yang melampau dan lupa kepada Tuhan.

Perayaan ini sinonim dengan perintah Allah kepada Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Ujiannya berat, namun, kedua-dua mereka patuh tanpa ragu. Allah uji bukan sebab Allah nakkan darah, tetapi nak tgk apakah cinta mereka kepada-Nya melebihi segalanya.

لَنيَنَا لَٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَادِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْٱللَّهَ عَلَىٰ مَاهَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِٱلۡمُحۡسِنِينَ٣٧

Allah menegaskan dalam Al-Quran: "Daging dan darah korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah taqwa kamu." (Surah Al-Hajj: 37). 

Maka, korban bukan tentang berapa banyak daging diagih, tetapi sejauh mana hati kita tunduk dan ikhlas kerana Allah.

Dalam konteks hari ini, 'Ismail' mungkin bukan seorang anak, tetapi perkara yang kita terlalu sayang spt harta, pangkat, kereta atau gaya hidup. Tak slh untuk memiliki dan mencintai nikmat dunia, tapi bila cinta itu melebihi cinta kita kepada Allah, di situlah bermulanya masalah. Maka, Hari Raya Korban mengajak kita untuk mengimbangi semula keutamaan dalam hidup.

Hakikatnya, korban paling besar adalah apabila kita sanggup melepaskan sesuatu yang kita sayang demi keredaan Allah. Mungkin itu bermakna kita perlu 'sembelih' sikap ego, tabiat buruk atau hubungan yang menjauhkan kita dari Allah. Cth sanggup lawan nafsu buka aurat, lawan rasa nak pakai pakaian trendy yg menyalahi syariat semata-mata nak taat perintah Allah

Tahun demi tahun kita menyambut Hari Raya Korban, tapi adakah kita benar-benar korbankan sesuatu dalam diri kita untuk menjadi hamba yang lebih taat? Atau adakah kita hanya mengulang adat dan tradisi tanpa menyentuh maksud sebenar ibadah ini? Aidiladha sepatutnya menyentuh hati kita lebih mendalam. Ia bukan hanya hari makan daging atau berkumpul bersama keluarga, tapi hari mendekatkan diri kepada Allah dengan sepenuh jiwa 

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Solat
Coretan Raya Korban 1446H
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Tuesday, 17 June 2025