YKAT Blog

Font size: +
1 minute reading time (294 words)

Ziarah Asnaf Felda Panching Timur

Sekitar akhir tahun lepas 2021 ,pihak YKA berpeluang membantu salah seorang jemaah iaitu Saudara Abd Latif yang tinggal di felda Panching Timur Kuantan untuk membaikpulih keadaan rumahnya yang uzur. 

Keadaan rumahnya pada ketika itu agak kritikal. Sebahagian dapurnya terletak diatas tanah bercerun. Hujan berterusan menyebabkan tanah menjadi mendap dan membuatkan bahagian dapur retak dan struktur mula rosak. 

Tinjaun tim YKA mendapati keadaan yang amat tidak selesa, tidak selamat buat keluarga Abg Latif dan membuatkan kami terpanggil untuk membantu membaik pulih keadaan tersebut.

Abdul Latif adalah seorang yang kurang upaya. Beliau kehilangan sebelah kakinya ketika kemalangan lebih 20 tahun yang lepas. Semangatnya tidak pudar untuk menyara & melindungi keluarga dengan mengusahakan ternakan ikan keli sangkar & juga perusaan kuih baulu secara kecil-kecilan bersama isteri. Namun keadaan keselamatan yang tidak dapat dikompromi, ianya perlu disegerakan.

Makan, seluruh bahagian dapur telah dirobohkan dan dibuat benteng(retaining wall) untuk menahan tanah. Struktur baru dibina agar lebih kuat. Dengan bantuan sumbangan daripada awam, kerja-kerja dapat dijalankan walaupun harga barangan binaan meningkat dari masa ke semasa.

Alhamdulillah, pd 13hb Disember 2022 kita sekali lagi dtg ziarah Abg Latif. Keadaannya sekeluarga sihat. Keadaan rumah bertambah baik, dan selesa. Namun masih ada sedikit bahagian lagi perlu disiapkan kerana kos tidak mengcukupi, tetapi tidaklah begitu kritikal. Kos yang telah dihabiskan agak tinggi dengan keadaan harga bahan binaan & upah yg semakin mahal. 

Walau apapun, beliau amat rasa bersyukur dan mengucapkan  ribuan terima kasih kepada semua yang menyumbang membantu beliau..Insyaallah, kami akan berusaha untuk membantu menyiapkan sikit lagi baki bahagian yang tidak sempurna. Bagi mereka yg ingin turut sama membantu, amat dialukan. 

.

Teruskan bantu gerak kerja kebajikan & Dakwah YKA di www.attibyan.org.my/sumbang

#yka #kebajikan #kuantan #pahang #infaqsubuh #sedekah #ziarahasnaf #danakecemasan #ziarahasnaf

Gempa Bumi Turki-Syria: Yayasan At-Tibyan Teruskan...
LAWATAN KE PEJABAT PGW
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Thursday, 25 April 2024