YKAT Blog

Font size: +
2 minutes reading time (379 words)

KEMPEN KUTIPAN DANA UNTUK DEWAN PEPERIKSAAN MABIQ OLEH YKA

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini, pihak Yayasan Kebajikan At Tibyan telah menyusun dan Menyediakan beberapa kempen promosi platform sumbangan kepada orangramai bagi mempertingkatkan amalan bersedekah @ infaq bagi mempergandakan pahala di bulan yang mulia ini. Jumaat, 15hb April 2022 bersama 13 Ramadhan 1443h sessi promosi / hebahan kutipan dana bagi membangunkan Fasiliti Dewan Peperiksaan SPM & STAM (mengikut spesifikasi Kementerian Pelajaran) untuk pelajar MABiQ , calon Individu di luar dan pelajar Pondok Tahfiz Al Quran bagi menduduki peperiksaan yang boleh menempatkan lebih 200 orang Pelajar pada satu-satu masa, diadakan di Perkarangan laluan (Indian Town) Putra Square.

Edaran surat hebahan telah diedarkan 3 hari sebelum kepada semua Warga Putra Square. Surat sumbangan juga turut di hantar ke kedai-kedai dan syarikat-syarikat yang beroperasi di MALAY TOWN, CINA TOWN & INDIAN TOWN. Terdahulu sebelum itu, pihak MABIQ dan Yayasan (YKA) telah menyasarkan dan mengedarkan surat jemputan sumbangan kepada lebih 100 syarikat dan GLC di Negeri Pahang. 

Pihak kami amatlah berharap agar semua syarikat/GLC dapat membantu serta berganding bahu didalam menjayakan Pembangunan Kompleks Dewan Peperiksaan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin.Di kesempatan program ini juga , kami turut mengedarkan lebih kurang 400 pack makanan untuk Berbuka Puasa secara PERCUMA kepada orangramai disekitar PUTRA SQUARE. 

Kami dengan kerjasama Restoran Ikhwan juga, sempat menjemput gelandangan dan golongan miskin utk menerima makanan Ini. (mengikut senarai nama dari database Ikhwan). Seramai 10 sukarelawan Yayasan mula mengagihkan makanan bermula jam 3.30 petang hinggalah waktu berbuka puasa, termasuklah 200 pack Istimewa Paih Patin sumbangan pihak MABIQ. 

Tidak ketinggalan kami sediakan juga Tabung sumbangan kepada mereka yang berminat untuk menghulurkan sumbangan tunai.Encik Abdul Azim bin Marzuki selaku Ketua Eksekutif Teknikal (CET) Yayasan Kebajikan At Tibyan yang bersama-sama turun ke lapangan pada petang tersebut menyifatkan program kali ini dapat sedikit sebanyak membuka mata kepada umum betapa seriusnya team Yayasan (YKA) didalam membantu bukan sahaja kepada Individu, bahkan kepada institusi seperti sekolah agama swasta, masjid atau badan-badan lain yang memerlukan. 

YKA senantiasa positif dan mengajak kepada individu dan syarikat-syarikat berganding bahu menjalinkan Kolabrasi bagi membantu sesiapa sahaja.Pihak Yayasan amatlah berbesar hati dan mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua restoran-restoran dibawah kerana bermurahati menghulurkan pax makanan untuk diagihkan kepada orangramai sempena kempen ini.

Sumbangan Dana Pembangunan ONLINE : www.mabiq.my

TAJAAN IFTAR ' DRUGS INTERVENTION COMMUNITY' (DIC)...
KOMPLEKS TARBIAH & RIADHAH MABIQ, KUANTAN
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Thursday, 28 March 2024