Setiap minggu, kami jadikan rutin untuk cari dan ziarah orang2 yang memerlukan bantuan. Kadang2 info tu kami dapat dari orang kampung, kadang2 juga melalui form dekat website kami.

Bila terima maklumat macam ni, kami tak terus hantar bantuan. Kami akan ziarah dulu, tengok sendiri keadaan mereka. Bila dah nilai dan rasa mereka memang perlu dibantu, barulah kami minta list barang yg mereka perlukan. Bukan sebab taknak terus beli & bagi, tapi risau terbeli barang yg mereka tak perlu atau dah ada.

Ziarah ni bukan sekadar datang bagi barang atau tanya khabar. Kadang2 kami juga selitkan sikit perkongsian ilmu fardhu ain. Memang la sekali dengar tak terus ubah hidup seseorang, tapi harap2 boleh jadi titik pusing untuk mereka mula fikir dan cari balik jalan pada Allah.

Sebenarnya semua orang ada masalah hidup masing2. Yang beza cuma cara kita respon. Ada orang bila diuji, makin jauh dari Allah, makin serabut. Tapi ada juga yang bila diuji, dia tenang, makin dekat dgn Allah. Org mcm ni, dari riak muka pun kita tak nampak yg mereka tengah susah. Tapi kita tahu, mereka struggle dalam hidup yang serba kekurangan.

Apa sahaja yg berlaku dalam hidup kita, semuanya berlaku dengan izin Allah. Jgn rasa keseorangan dan jangan putus asa. Manusia mungkin tinggalkan kita, tapi Allah tak. Cari Allah balik, taat dan serahkan segalanya hanya kepada Dia disamping usaha sungguh-sungguh.

Kata Allah:

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًۭا – وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Maksudnya: Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya

Ayat ni selalu kita dengar, tapi betul2 renung tak? Bila kita bertakwa (buat apa yg Allah suruh), Allah janji nak bukakan jalan keluar walaupun kita rasa tak ada harapan dah. Rezeki juga akan datang dengan cara yang kita tak sangka. Percayalah ayat ni, bukan saya yang kata, tapi Allah sendiri yang kata.

Jadi, jangan pernah give up, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Allah ada dan Dia takkan uji hamba Dia di luar kemampuan. Allah uji sebab Allah sayang dan tahu kita mampu tanggung ujian tersebut. Orang uyg hebat ujiannya juga hebat sebab dia mampu tanggung ujian tu. Kalau rasa lelah, penat, kecewa, slow down hidup kejap tapi jangan slow down cari Allah. Ambil masa dan luangkan dengan Dia. Cerita dekat Dia, buat apa yang Dia suruh. Allah tahu kita tengah susah, cuma Dia tunggu kita balik mengadu pada Dia.