Kita selalu dengar org kata nanti tualah baru pegi masjid, sekarang nak enjoy to the fullest. Hakikatnya, Islam ni ajar kita smtg yg sangat berbeza. Islam ajar kalau nak berehat yg sebenar, kita perlu tinggalkan sikit rehat dekat dunia sbb duniani bukan tempat berehat, tetapi tmpt berusaha dan beramal. Tempat rehat yang sebenar adalah di akhirat.
Ada satu kisah yang diceritakan oleh ulama terkenal, Al-Asma'i. Ketika berada di Mekah, cuaca waktu itu sgt2 panas. Orang Mekah sendiri bila tidak tahan dengan bahang panas biasanya akan pergi ke Taif sbb kat sana cuacanya lebih sejuk. Kalau macam kat Malaysia, bila panas sangat kita terus buka aircond atau pegi ke Cameron/Genting Highlands kan nak cari suasana yang lebih sejuk. Itu memang fitrah manusia, kita suka kepada keselesaan.
Dalam perjalanan itu, beliau bertemu dengan seorang Arab Badwi lalu bertanya, "Kamu hendak ke mana?" Lelaki itu menjawab, "Aku hendak ke Tanah Haram untuk berpuasa di Mekah pada bulan Ramadan." Al-Asma'i kemudian bertanya lagi, "Tak takutkah dengan cuaca yang begitu panas?" Katanya, "Aku pergi ke Mekah kerana aku ingin lari daripada panas yang lebih dahsyat." Maksudnya bukan panas dunia yang dia fikirkan, tetapi panas api neraka. Firman Allah dalam Surah at-Taubah ayat 81 bahawa api neraka itu jauh lebih panas.
Ustaz kata, orang yang betul2 faham agama ni mereka tak tengok kesusahan dunia sebagai beban semata-mata, tetapi sebagai peluang untuk menyelamatkan diri di akhirat.
Kalau kita fikirkan, dalam kehidupan seharian pun kita selalu memilih yang lebih selesa. Contohnya, jika ada dua tempat untuk solat, satu surau yang tiada aircond dengan bacaan imam yang panjang, dan satu lagi masjid yang ada aircond dengan bacaan yang lebih ringkas, kebanyakan daripada kita mungkin akan pilih tempat yang lebih selesa. Tidak salah mencari kemudahan, tetapi persoalannya apabila seluruh hidup kita hanya mengejar keselesaan sehingga mengorbankan peluang beramal.
Orang yang btul2 beriman bukan tidak suka keselesaan, tetapi dia tahu yg keselesaan yang kekal bukan di dunia, sebaliknya di syurga. Hidup dekat dunia ni tak lama pun. Paling2 pun mungkin dalam 70-80 tahun gitu. ANdai kata kita meninggal malam ni, maka setakat ni je kita hidup kat dunia tapi andai kata kiamat datang lagi 1000 tahun, maka kehiduoan dalam kubur tu pun 1000 tahun lebih lagi dari hidup kita kat dunia ni.
Uthman bin Affan, sahabat nabi yang dijanjikan syurga, setiap kali dia ke kubur dia mesti menangis. Sahabt lain pelik, kenapa Uthman ni sedih sdgkan bila cerita ttg syurga neraka dia tak sedih pula jadi mereka pun tanya Uthman, Uthman jawab dia teringat Nabi berkata kubur adalah persinggahan pertama menuju akhirat. Jika selamat dekat situ, maka apa yang datang selepasnya lebih mudah, sebaliknya jika dia tidak selamat, maka apa yang datang selepasnya lebih berat. Kubur sebenarnya berada di dunia, tetapi ia adalah pintu pertama menuju kehidupan akhirat.
Fitrah manusia, kita semua penat. Penat kerja, penat belajar, penat urus keluarga dan rumah. Islam tak pernah pun halang kita berehat tapi Islam ajar kita jangan jadikan rehat dekat dunia ni sbg matlamat utama kita. Mudah-mudaham rehat yang kita korbankan di dunia ni Allah hadiahkan satu kerehatan yang takde lagi penatnya di akhirat nanti.
Teruskan berjuang semua, tugas kita di dunia ini bekum selesai ;)