Padang Arafah ni mengingatkan kita tentang padang mahsyar. Tempat semua manusia dihimpunkan depan Allah tanpa beza pangkat, darjat, kaya atau miskin. Raja, menteri, orang biasa, semua sama sahaja. Dekat Arafah kita masih berpakaian, masih ada dunia. Tapi di padang mahsyar nanti keadaan manusia bergantung pada amalan masing2. Ada yang dimuliakan, ada yang berada dalam keadaan memalukan.
Arafah dan mahsyar ada satu persamaan. Kedua2nya berlaku sekali sahaja. Orang pergi wuquf di Arafah sekali dalam hidup ketika menunaikan haji. Begitu juga padang mahsyar. Allah cipta padang mahsyar selepas sangkakala kedua ditiup. Sangkakala pertama untuk mematikan seluruh makhluk. Kemudian sangkakala kedua ditiup, semua manusia dibangkitkan dan padang mahsyar sudah tersedia untuk dihimpunkan seluruh makhluk. Dekat sana Allah himpunkan manusia, jin, haiwan dan juga malaikat. Tempat tu sangat susah. Panas, sesak, padat dan menakutkan. Quran sebut:وَإِذَا الْوُحُوشُ حُشِرَتْ
iaitu binatang2 liar juga akan dihimpunkan. Dari sekecil2 makhluk sampai sebesar2nya akan hadir di mahsyar. Manusia dan jin akan ditimbang amalan mereka, cuma malaikat tidak ditimbang. Bila semuanya selesai dihisab, padang mahsyar kembali sunyi. Yang tinggal hanyalah syurga dan neraka.

Sebab tu wuquf di Arafah sangat besar dalam ibadah haji. Ia rukun haji, bukan sekadar wajib haji. Kalau tinggal wajib haji masih boleh bayar dam. Tapi kalau tertinggal wuquf di Arafah, maka tidak sah hajinya. Nabi sendiri bersabda:
"الحَجُّ عَرَفَةُ"
"Haji itu adalah Arafah."
Nama Arafah pula dikatakan berasal daripada pertemuan Nabi Adam dan Hawa di situ. Ada riwayat menyebut Nabi Adam diturunkan di India manakala Hawa di Jeddah, kemudian mereka bertemu di Arafah. Kenapa Allah pisahkan tempat mereka? Wallahu a'lam. Tapi dari situ kita belajar bahawa pertemuan juga satu nikmat daripada Allah.

Hari Arafah ni hari yang sangat besar di sisi Allah. Nabi SAW bersabda:
"مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ"
Tak ada hari yang Allah bebaskan lebih ramai hambaNya daripada api neraka melainkan hari Arafah.
Sebab tu bila bertemu hari Arafah, banyakkan doa. Mintalah sungguh2 supaya Allah bebaskan kita daripada api neraka. Walaupun kita tak berada di Mekah, mudah2an Allah beri juga rahmat yang sama kepada kita seperti orang yang sedang wuquf di Arafah.

Pada hari itu juga Allah sangat hampir dengan hambaNya. Rahmat turun mencurah2. Kemudian Allah berbangga dengan hamba2Nya di hadapan para malaikat. Allah tunjuk kepada malaikat bagaimana ada manusia yang sanggup tinggalkan keluarga, habiskan duit, tenaga dan masa semata2 nak datang menjadi tetamu Allah.
Dalam hadis daripada Ibnu Umar, Nabi cerita bagaimana orang yang wuquf di Arafah datang dalam keadaan berdebu, kepenatan dan hanya mengharapkan redha Allah. Mereka habiskan harta kerana Allah, tinggalkan keselesaan kerana Allah. Lalu Allah berfirman kepada malaikat bahawa kalau dosa mereka sebanyak buih di lautan sekalipun, Allah akan ampunkan.
Selepas selesai wuquf, mereka keluar dalam keadaan dosa telah diampunkan. Sebab tu Nabi kata tak pernah syaitan nampak lebih hina, lebih kecewa dan lebih marah melainkan pada hari Arafah. Syaitan tengok betapa luasnya rahmat Allah. Bayangkan syaitan dah sesatkan seseorang bertahun2, akhirnya orang tu pergi haji dan Allah ampunkan semuanya. Sebab tu syaitan sangat kecewa pada hari tersebut.
Pda hari Arafah, Nabi juga galakkan orang yang tidak mengerjakan haji untuk berpuasa pada hari Arafah. Nabi bersabda:
"أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ"
Aku berharap kepada Allah agar puasa Arafah menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya.
Mazhab Syafie menyebut orang yang sedang mengerjakan haji tidak digalakkan berpuasa pada hari Arafah kerana mereka perlukan tenaga untuk wuquf. Tapi bagi yang tak pergi haji, sangat digalakkan untuk berpuasa, banyakkan doa dan zikir. Antara zikir yang Nabi ajar:
"لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير"

Moga Allah beri peluang kepada kita untuk bertemu lagi dengan hari Arafah dan termasuk dalam kalangan hamba yang dibebaskan daripada api neraka.