Pernah tak rasa hidup ni macam tak pernah cukup? Ada kerja tapi nak kerja yang lebih baik. Ada duit, tapi tak pernah rasa cukup. Ada rumah tapi bila tgk rumah orang lain terus rasa rumah kita kecik je. Ada keluarga, kawan, kesiahatan yang baik, ada macam-macam nikmat tapi taktahu kenapa mata kita selalu tertumpu pada benda yang kita belum ada. Tak kata orang lain, tapi diri min sendiri.
Kadang-kadangkan, bukan tak bersyukur, tapi sebab dah terlalu biasa tgk apa yang kurang pada hidup sendiri sampai terlupa nak hargai apa yang ada depan mata.
Dalam al-Quran ada Allah SWT ceritakan ttg Iblis yang berjanji nak sesatkan manusia. Antara perkara yang disebutkan iblis dan dirakamkan dalam Quran dalam surah Al-A'raf ayat 7 ialah:
Kau buat aku sesat jadi aku akan datang kepada mereka dari hadapan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur."
(Surah al-A'raf, 7:17)
Iblis tak kata manusia takkan solat, takkan berpuasa atau takkan buat amal, tapi dia kata dia akan buat manusia susah nak bersyukur sebab dia tahu antara jalan nak melemahkan manusia adalah dengan buatkan mereka hilang rasa syukur dan buat2 tak terperasan nikmat yang Allah dah bagi. Bila kita tak bersyukur, automatically kita akan mula rasa hidup kita tak cukup dan mula nak membandingkan dengan orang lain. Bila terlalu banyak membanding, kita akan penat dan mula burn out.
Cuba flashback balik, pagi tadi bangun, first thing yang terlintas di kepala kita apa? Kerja? Duit? atau masalah kita? Then kita scroll medsos pulak, nampak orang pergi bercuti, beli rumah, dapat kerja baru yang lebih baik, kahwin ada anak dan banyak lagi sehingga tanpa sedar kita mula persoalkan kenapala hidup aku begini bla bla bla.
Sedangkan mungkin pada masa yang sama ada orang tgk kehidupan kita dan berharap mereka boleh ada diytempat kita, kan? Sebab itu bersyukur ni bukan skdar sebut alhamdulillah, tapi syukur sebenar bilamana kita tgk kehidupan. Kita acknowledge yang dalam hidup yang tak sempurna ni,masih ada banyak benda yang Allah dah bagi.
Kita mungkin belum ada rumah macam yang kita impikan, tapi kita masih ada rezeki yang tak pernah putus hingga ke harini, kan? Sebabtu setiap rakaat Allah wajibkan untuk kita baca al-Fatihah yang bermula dengan ayat alhamdulillah...
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."
(Surah al-Fatihah, 1:2)
Rasa2 kenapa paling kurang kita kena sebut 17 kali sehati? Sbnarnyakan Allah suruh bgitu seolah2 nak ingatkan kita setiap sesi hari yang sebelum kita minta apa2, bersyukur dulu dengan apa yang Dia dah bagi. Allah janji dalam surah Ibrahim
Jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah nikmat kepada kamu.
(Surah Ibrahim, 14:7)
Syukur disini tak bermakna kita kena pura2 bahagia sepanjang masa, kita boleh je sdih, menangis terkenangkan nasib kita. Syukur yang dimaksudkan dekat sini bukan kena menafikan kesusahan yang kita alami tapi syukur yang dimaksudkan adalah bilamana dalam keadaan susah pun, kita cuba cari satu perkara untuk dihargai. Mungkin hidup kita harini mmg dah berat tapi kita masih ada Allah kan? Jadi, kita masih ada peluang nak berubah dan bersyukur.
Kadanf-kadang, ketenangan bukan datang bila masalah kita selesai, tapi ia datang bila kita mula belajar mengubah cara kita melihat masalah dan nikmat yang ada. Sebenarnya hidup kita ni tak sesempit yang kita sangka, cuma selama ini mata terlalu lama mencari apa yang belum ada.