Kita as parents mesti nak yang terbaik untuk anak2 kita kan? Bila kita dah mula belajar agama, kalau boleh kita juga nak tempatkan anak2 kita di sekolah yang menjadikan pendidikan al-Quran sebagai core subject tapi mungkin tak semua ada kases ke sekolah yang diimpikan, ada yang mahal, jauh dan tak sesuai dengan keadaan keluarga. Jadi, adakah kita nak tunggu sampai jumpa sekolah yang perfect dulu baru nak mula didik anak dengan Quran? Sebenarnya tak.
Kalau kita lihat cara Rasulullah SAW mendidik generasi awal Islam, pendidikan al-Quran tak mula di sekolah2 yang besar, gah, hebat atau yang lengkap, sebaliknya Rasulullah SAW mendidikan sahabat di rumah Al-Arqam. Disitulah mereka mula belajar al-Quran, mula mendalami akhidah, bersihkan jiwa dan membentuk akhlak. Kemudian, apabila Islam berkembang di Madinah, masjid menjadi antara pusat pendidikan yang penting. Tempat yang sederhana, dipayungi dengan pelepah tamar, tetapi tempat yang sederhana itulah yang melahirkan generasi yang luar biasa.
Ini mengajarkan kita yang pendidikan yang hebat tak semestinya memerlukan bangunan yang hebat, tapi ya sekolah dan guru itu penting tetapi pendidikan tak hanya boleh disampaikan dekat sekolah, kan?
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Tahrim ayat 6: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka."
Cuba perhtikan ayat ni. Allah sebut diri kita terlebih dahulu, sebeum keluarga, maknanya apa? Sebelum kita pening nak fikirkan sekolah terbaik untuk anak2, kita perlu fikir macam mana nak didik anak tapi sebelum didik kena check diri dulu. Rasa2 hubungan dengan quran macam mana? Baca setiap hari tak? Faham tak apa yang Allah nak sampaikan dan amal tak? Quran ni kita claim as panduan hidup tapi ia pengaruhi tak kehidupan dan sikap kita? Ia pengaruhi tak cara kita bercakao degan orang? Cara kita kawal marah? cara kita didik anak? sebab kita takboleh harapkan anak2 cintakan quran kalau mereka sendiri jarang dapat tgk ibu dan ayah dekat dengan al-Quran.
Rasulullah ﷺ bersabda,
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap kepimpinannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jadi jelas di sini, tanggungjawab mendidika ank bukan sepenuhnya pada sekolah, sebaliknya bermual dan yag utamanya di rumah. Guru mungkin ada dengan anak beberapa jam sehari tapi ibu ayahlah orang yang patutnya menjadi paling dekat dengan anak-anak. Anak-anak ni bukan hanya belajar melalui apa yang kita cakap, tapi juga melalui apa yang dilihat. Kita nak diaorang solat di awal waktu. Kita nak diaorang bercakap lembut dan sopan, kita nak mereka cintakan quran, tapi sebelum tu mereka perlu tengok dulu quran tu sendiri hidup di rumah kita.
Mualakan dengan perkara kecil di rumah. Baca quran sama sama walaupun 10 minit sehari, baca satu muka surat, cuba faham dan ceritakan dengan anak2 dengan bahasa yang santai dan sangat mudah. Bila ada masalah, cuba ajak anak tgk melalui perspektif Quran. Lama kelamaan anak2 akan faham kenapa kita angkat Quran sebagai panduan hidup. Faham bukan sekadar tahu yang quran itu panduan.
Mungkin sepanjang proses nak didik mereka kita akan nampak diir sendiri banyak kekurangan, tapi jangan pandang kecil usaha yang sikit tapi konsisten. Allah bukan nak tgk berapa banyak kita sampaikan tapi usaha kita dalam menghidupkan quran dalam hidup kita. Jadi, jangan tunggu sekolah yang bantu didik anak, sebakiknya, kitalah yang perlu step up untuk didik mereka.