Selalu kita baca Surah al-Asr sebagai penutup majlis. Terkadang membuatkan penulis terfikir yang penulis ni termasuk ke dalam golongan yang rugi yang Allah ada bgtau dalam Surah al-Asr.
إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَفِى خُسْرٍ ٢
Allah kata: Sesungguhnya manusia itu rugi.
Allah sendiri yang nyatakan bahawa manusia itu mmg dalam kerugian. Tapi sabar, Allah jawab dalam solat yang selepasnya. Allah kata:
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ….
Kecuali yang beriman dan beramal soleh.....
Maknanya tak semua manusia itu rugi. Mereka itulah orang yang beriman dan beramal soleh. Kalau perasan, dua fifat ni (beriman dan amal soleh) selalunya disebut sekali dalam satu ayat. Kenapa perlu dua-dua sifat? Kalau satu je tak cukup? Yup, tak cukup.. kena ada dua-dua sebab ada orang dia beriman (percaya pd Allah), tapi tak amal soleh (cth: tak solat). Mereka inilah orang mushrik. Mereka percaya Tuhan itu ada, tapi sembah berhala. Kemudian, ada pula orang yang buat amal soleh, tapi tak beriman. Mereka inilah orang munafik. Mereka buat baik, tapi niatnya nak tunjuk kat manusia. Niat tak lillah.
Kedua-dua ni tak selamat. Allah tak pandang amal kosong tanpa iman dan iman pun perlu dibuktikan dengan amal.
So, macam mana nak tahu sama ada amalan kita diterima atau tak?
Amal soleh ni ada 2 syarat: 1) Ikhlas kerana Allah 2) Selari dengan Al-Quran dan Hadis.
Hadis Nabi SAW:
مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
Maksudnya:
"Barang siapa yang melakukan suatu amalan yang tidak ada perintahnya daripada kami (Rasulullah SAW), maka amalan itu tertolak."
(Hadis Riwayat Muslim, no. 1718)
Jadi penting sangat, sebelum kita buat sesuatu amalan pastikan ikhlas dan dtg dari Allah dan Rasulullah.
Ada kisah menarik dalam sirah. Sekumpulan sahabat semangat sgt nak jadi soleh. Lepas dengar cerita dari Aisyah RA tentang ibadah Nabi, mereka conclude yg Nabi tu maksum (suci dari dosa) so, dah confirm masuk syurga. Kita ni banyak dosa, mesti kena buat lebih dari Nabi. Jadi ada yang cakap nak qiyam sepanjg malam dan tak nak tidur. Ada pula yg kata nak puasa setiap hari dan taknak kahwin langsung sebab nak fokus ibadah je.
Tapi bila Nabi SAW dengar, baginda tegur:
"Demi Allah, aku orang yang paling takut kepada Allah dan paling bertakwa. Tapi aku tidur, aku bangun, aku puasa, aku berbuka, aku kahwin. Siapa yang tak ikut sunnahku, dia bukan dari kalanganku."
(HR. Bukhari & Muslim)
Nabi SAW ajar kita seimbang. Ibadah bukan maraton tanpa henti. Tapi ibadah yang berpandu, ikut cara Baginda. Itu baru amal soleh yang diterima.
Kesimpulannya, kita usahakan ikut apa yang nabi buat. Jangan kurg dan jgn lebih