Font size: +
2 minutes reading time (450 words)

Tadabbur Surah Fussilat Ayat 15: Bila Manusia Lupa Siapa Dirinya

WhatsApp-Image-2026-07-02-at-4.02.43-PM

Kadang-kadang manusia jadi besar diri bukan sebab dia benar-benar besar, tapi sebab dia lupa siapa yang besarkan dia. Dalam Surah Fussilat ayat 15, Allah mengingatkan tentang satu kaum yang sangat kuat iaitu kaum 'Ad, kaum Nabi Hud AS. Mereka bukan biasa-biasa, tubuh mereka gagah, binaan mereka hebat, mereka ni boleh pahat gunung buat rumah tanpa perlu guna alat moden pun tapi kekuatan itu akhirnya menjadikan mereka sombong & merasakan diri mereka lebih hebat, lebih kuat berbanding yang lain.


Allah SWT berfirman bahawa mereka menolak ayat-ayat-Nya walaupun sudah datang bukti yang jelas. Allah sebut yg mereka ni dgn belagaknya berkata macam takde yang lebih hebat dari mereka. Lalu Allah membalas,

 أَوَلَمْ يَرَوْا۟ أَنَّ ٱللَّهَ ٱلَّذِى خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةًۭ ۖ

Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka?

Di sini Allah ajar satu perkara asas yg kuat kita ini sangat kecil jika dibandingkan dengan Kuasa yang menciptakan kita.

Dalam realiti hari ini, 'Ad itu bukan sekadar kisah lama. Ia boleh hidup dalam diri kita sendiri. Bila kita rasa lebih hebat daripada orang lain, lebih bijak, lebih berjaya, lebih cukup, di situ sebenarnya kita sedang diuji dengan sindrom 'Ad kecil. Kita lupa bahawa semua kelebihan itu bukan milik kita pun. Dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

Allah tidak melihat kepada rupa kamu dan harta kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu.
(Sahih Muslim, 2564).

 Maknanya, nilai manusia bukan pada apa yang dia ada, tapi pada siapa dia di hadapan Allah.

Allah juga mengingatkan tentang mereka yang menolak ayat-Nya. Ayat Allah bukan hanya al-Quran yang dibaca, tapi juga tanda-tanda kebesaran-Nya pada alam spt langit, bumi, diri kita sendiri. Bila hati menolak semua itu, maka yang tinggal hanyalah ego dan ego nilah yang membuatkan manusia rasa dia tak perlu tunduk, tak perlu nasihat, tak perlu diperbetulkan. Padahal semakin kita menolak kebenaran, semakin kita sebenarnya menjauh daripada diri kita sendiri.

Realitinya, semua kelebihan yang kita ada hari ini spt ilmu, kerja, duit, kesihatan, hatta kekuatan fizikal, semuanya pinjaman. Benda pinjaman tak boleh dijadikan alasan untuk sombong sebab bila-bila masa Allah boleh tarik. Kalau hari ini kita rasa kita semua benda yang kita ada skrg asbab usaha kita sahaja, ingat balik yang bagi kelebihan tu Allah. Jadi mana logiknya untuk kita meninggi diri, kan?

Akhirnya, Surah Fussilat ayat 15 ini bukan sekadar cerita kaum 'Ad, tapi cermin untuk kita. Cermin untuk tanya diri yg kita ni betul2 kenal tak diri kita sendiri sebab bila manusia kenal dirinya sebagai hamba, dia akan rendah hati. Tapi bila manusia lupa dirinya, dia akan jadi seperti 'Ad yg kuat di mata manusia, tapi lemah di sisi Allah.
×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Kenapa mukmin bila dapat nikmat dia takut?
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Thursday, 02 July 2026