Pada 26 Disember 2025, satu langkah penting telah dicapai apabila yayasan kami secara rasmi menjalinkan kerjasama bersama Pusat Zakat Pahang. Melalui kerjasama ini, yayasan telah dilantik sebagai salah satu agen kutipan zakat di Negeri Pahang. Pelantikan ini merupakan satu amanah besar yang kami terima dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesyukuran.
Kerjasama ini membuka ruang yang lebih luas untuk memudahkan masyarakat menunaikan kewajipan zakat. Bagi mereka yang mungkin kekangan masa, kurang pasti saluran yang sesuai atau lebih selesa berurusan secara dekat dengan pihak yayasan, kini urusan pembayaran zakat boleh dibuat dengan lebih mudah melalui kami. InsyaAllah, setiap urusan akan dilaksanakan dengan telus, teratur dan berlandaskan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa zakat negeri.
Sebagai sebuah yayasan yang terlibat secara langsung dalam kerja kerja dakwah dan kebajikan, kami melihat pelantikan ini bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi juga satu peluang untuk mendekatkan lagi masyarakat dengan kefahaman tentang zakat. Zakat bukan hanya soal memberi, tetapi ia adalah satu sistem yang menyusun keadilan untuk membantu golongan yang memerlukan agar dapat meneruskan kehidupan dengan lebih bermaruah.
Melalui peranan sebagai agen kutipan zakat, kami berharap dapat menjadi penghubung antara para pembayar zakat dan golongan asnaf. Dana zakat yang dikutip akan diuruskan mengikut ketetapan yang sah dan disalurkan kepada pihak berautoriti untuk diagihkan kepada mereka yang berhak. Dalam masa yang sama, kami akan terus komited menjalankan program program kebajikan dan pembangunan masyarakat yang selari dengan semangat zakat itu sendiri.
Kami merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Pusat Zakat Pahang atas kepercayaan yang diberikan kepada yayasan kami. Kepercayaan ini menjadi dorongan untuk kami terus memperbaiki sistem pengurusan, meningkatkan kecekapan kerja, dan memastikan setiap amanah yang dipikul dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Akhir kata, kami mengalu alukan orang ramai yang ingin menunaikan zakat untuk berhubung dengan pihak kami (email:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) (No. telefon: 011-21254992). Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kepada keberkatan harta dan kebaikan yang berpanjangan untuk semua. InsyaAllah.
Comments