IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
2 minutes reading time (364 words)

Program Back2School

WhatsApp-Image-2026-01-08-at-5.20.16-PM

7 Januari 2026 | Program Back2School

Alhamdulillah, Yayasan Kebajikan at-Tibyan berpeluang menyertai Program Back2School anjuran Alumni SMK Ahmad bersama Team Ustazah Hazimin. Program ini memberi ruang untuk kami turun ke lapangan menyantuni anak-anak yatim dan asnaf dalam persiapan menyambut sesi persekolahan baharu.

Sebelum bergerak ke Mydin Kuantan, anak-anak terlebih dahulu diraikan dengan makan tengah hari dan Solat Zohor bersama. Momen ini bukan sekadar mengisi perut dan memenuhi kewajipan ibadah, tetapi menjadi ruang membina hubungan, menanam rasa dihargai dan disayangi dalam diri anak-anak.


Sekitar jam 3.00 petang, rombongan berkumpul di Mydin Kuantan untuk sesi pembelian barangan sekolah. Program ini melibatkan empat buah rumah kebajikan iaitu Permata Camar, Baitul Mukmin, Abu Yazid Bustami dan Darulsalam al-Mukhtar. Rumah-rumah ini menempatkan anak-anak yatim dan asnaf yang hadir bersama guru-guru sebagai pengiring dan pembimbing.

Antara momen paling bermakna buat kami ialah apabila dapat berjalan bersama anak-anak ini, membantu mereka memilih sendiri baju, kasut, seluar dan keperluan sekolah mengikut saiz masing-masing. Walaupun kelihatan seperti perkara kecil, hakikatnya ia memberi makna besar buat mereka rasa didengari, diraikan dan dihormati.

Program ini juga menjadi peringatan akan tanggungjawab sosial yang dituntut dalam Islam. Allah SWT berfirman:

"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan."
(Surah al-Insan: 8)

Rasulullah SAW turut bersabda:

"Aku dan orang yang memelihara anak yatim akan bersama-sama di syurga seperti ini,"
sambil Baginda merapatkan jari telunjuk dan jari tengah.
(Riwayat al-Bukhari)

Ayat dan hadis ini mengingatkan kita bahawa menyantuni anak yatim dan asnaf bukan sekadar kerja kebajikan, tetapi jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Yayasan Kebajikan at-Tibyan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Allah SWT, Puan Kimi, Team Ustazah Hazimin, Alumni SMK Ahmad serta semua pihak yang terlibat atas peluang yang sangat bermakna ini.

Alhamdulillah for today, for the smiles, the moments shared, and the hearts that were touched. Semoga setiap kebaikan ini menjadi saham akhirat dan memberi harapan baharu buat anak-anak ini dalam melangkah ke alam persekolahan 🤍

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

2 NIKMAT YANG SERING MANUSIA LUPA
Kejayaan Sebenar
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Sunday, 01 February 2026