Healing, tadabbur al-Quran, shopping, kuliah, tilawah, mencanting batik, pemeriksaan kesihatan… semua dalam satu event? Memang luar biasa!
Tarikh | 31 Jan 2025 - 2 Feb 2025 |
Tempat | Perkarangan Parking Masjid Tepian Putra |
Anjuran | Pasar Sera dan Masjid Tepian Putra |
Dari 3 hingga 5 Februari 2025, Masjid Tepian Putra dan Pasar Sera berjaya menganjurkan Laman Raudhah, satu program unik yang membawa suasana pasar ke perkarangan masjid. Yayasan Kebajikan at-Tibyan (YKAT) tidak ketinggalan untuk turut serta membuka booth bagi memeriahkan suasana dan berkongsi gerak kerja kami dengan para pengunjung.
Kuantan memang terkenal dengan pelbagai event menarik, tapi kali ini masjid sendiri yang bawa event terus ke perkarangan parking masjid! Matlamatnya? Mengimarahkan masjid dan menggalakkan orang ramai menyumbang bagi pembangunan masjid—sambil bersantai, sambil beramal.
💰 Shopping & Sumbangan Masjid – Dapat Umrah PERCUMA?
Penganjur bijak tarik perhatian pengunjung dengan menyediakan kad cop istimewa. Apa kelebihannya?
✅ 3 cop perlu dikumpul dengan membeli makanan dari kedai berbeza.
✅ 1 cop terakhir hanya perlu menderma minimum RM10 ke tabung masjid.
✅ Cukup 4 cop, layak masuk cabutan bertuah dengan hadiah utama PAKEJ UMRAH TAJAAN FAQIH TRAVEL!
Sambil membeli, sambil bersedekah dan kalau ada rezeki, boleh jejak kaki ke tanah suci! Bukan calang-calang hadiah kali ini!
🕌 HARI PERTAMA – SOLAT, SHOPPING & KULIAH
🌸 HARI KEDUA – GIRLS HEALING & WORKSHOP KHAT
Sabtu penuh dengan aktiviti menarik:
💖 Girls Healing Session – Healing yang bermanfaat! Sesi santai tadabbur ayat al-Quran bersama Ustazah Syahida anjuran Sahabat Tadabbur Kuantan.
🖋️ Workshop Khat oleh Tinta Emas – Pengunjung bukan sekadar belajar asas seni khat, malah boleh menempah hiasan nama dalam pelbagai gaya kaligrafi yang cantik.
🌙 Tilawah & Podcast – Malamnya, tilawah al-Quran oleh Saudara Ahmad Yaser, bekas peserta tilawah antarabangsa dan lepasan Universiti al-Azhar. Ada juga podcast santai bersama Pasar Sera & Ahmad Yaser, yang menarik ramai pengunjung. Min pun baru tahu, tilawah bukan hanya terhad kepada orang yang ada bakat dan suara sedap saja, tapi boleh dilatih kalau ada minat!
🌅 HARI TERAKHIR – SARAPAN PAGI DI LAMAN RAUDHAH
✨ Uniknya, booth dibuka seawal 7 pagi selepas solat Subuh berjemaah.
🌄 Kuliah Subuh oleh Qadi Daerah Kuantan, Al-Fadhil Tuan Haji Syarifuddin bin Mohamad Sa'ad menambahkan keberkatan pagi itu, diikuti dengan sesi sarapan santai bersama jemaah subuh dan Qadi di Laman Raudhah.
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments