YKAT Blog
Kunjung Hormat PMDIC ke Pejabat Yayasan Kebajikan at-Tibyan
18 Jun 2025 - Pertemuan antara Yayasan Kebajikan at-Tibyan dan Professional Mutawwif Development International College (PMDIC) bukanlah pertemuan yang asing mahupun sekadar perbincangan biasa. Ia merupakan kesinambungan daripada hubungan yang telah mula terjalin secara tidak langsung sejak beberapa bulan lalu yang bermula hanya dari sebuah pembukaan booth di Masjid Tepian Putra (MTP), Kuantan.
Pada awal Februari 2025, Yayasan dijemput untuk bersama-sama dengan piha MTP untuk buka booth berkongsi tentang pembangunan masjid dan pembinaannya, seterusnya mengenai peranan dan gerak kerja yayasan dalam bidang dakwah, pendidikan dan kebajikan. Masatu, pihak Yayasan sempat berbual dengan wakil PMDIC yang hadir ke perkarangan masjid untuk membeli belah di situ. Dari perkenalan ringkas itu, mereka menunjukkan minat yang mendalam terhadap aktiviti yang dijalankan oleh yayasan khususnya pendekatn berteraskan masyarakat dan nilai praktikal yang cuba kami terapkan.
Rentetan dari perkara tersebut, bberapa pelajar PMDIC turut serta menyertai Program Street Dakwah Bulanan anjuran yayasan. Di situlah bermula jalinan kerjasama walaupun belum rasmi. Semasa program itu berlangsung, pelajar-pelajar PMDIC dan kakitangan yayasan sempat berkongsi pandangan tentang isu yang semakin mendapat perhatian iaitu kesediaan graduan untuk turun ke lapangan. Ramai pihak yang mengadu bahawa pelajar masa kini dianggap terlalu terikat dengan teori dan kurang terdedah kepada realiti sebenar di medan kerja menyebabkan pelajar agak terkejut dan sukar untuk adaptasi dengan persekitaran bekerja.
Atas semangat itu, satu mesyuarat rasmi telah diadakan antara pihak PMDIC dan Yayasan Kebajikan at-Tibyan bagi membincangkan hasrat mereka menjadikan hubungan ini lebih formal melalui kerjasama strategik. Antara perkara yang dibincangkan termasuk penyaluran pelajar PMDIC untuk membantu dalam pelaksanaan program-program yayasan.
Yayasan amat menghargai minat dan keterbukaan yang ditunjukkan oleh pihak PMDIC. Kami percaya, gabungan kekuatan antara institusi pendidikan dan NGO akan melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu dan bertauliah, tetapi juga bersedia menyantuni masyarakat secara langsung.
InsyaAllah, jika tiada aral melintang, sesi menandatangani MoU akan diadakan dalam masa terdekat. Semoga kerjasama ini menjadi satu langkah strategik untuk melahirkan lebih ramai pendakwah lapangan yang bukan hanya tahu, tetapi mampu bertindak.
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments