Pernah tak solat tak tinggal tapi masih rasa kosong? Rasa gelisah?

Dulu, ada yang tanya saya. Kenapa orang kata kalau ada masalah je cuba check solat dan kenapa bila dah solat hati masih gelisah?

Solat ni bukan hanya rutin dan bukan semata-mata nak "lepas kewajipan" tapi cara kita nak komunikasi langsung dengan Allah, nak luah rasa, nak mohon ampun, nak mohon perlindungan. Bila sebut macam ni dia bertanya lagi, boleh ke baca doa2 ni selain baca bacaan dalam solat?

Act doa2 ni dah termasuk pun dalam bacaan dalam solat cuma kita yang tak sedar sebab selama ni kita baca bacaan dalam arab tanpa hayati maksud disebalik bacaan kita.

Contoh:

"Rabbighfirli" masa duduk antara dua sujud, kita tengah doa minta keampunan.
"Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in", kita tengah mengaku yang hanya Allah tempat kita minta tolong.
Masa sujud, Rasulullah sendiri ajar kita perbanyakkan doa masa sujud, sebab waktu tu paling dekat dengan Allah.

Tapi kalau kita baca semua ni tanpa faham, rasa dia jadi lain. Tak connect, rasa mcm tak communicate pun dengan Allah.

So, apa yang nak buat dulu?

Mula dengan angkat takbir dan doa iftitah, cuba cari makna setiap perkataan kemudian teruskan sampai bacaan tahiyyat akhir. Abil masa, tak mengapa. Bila time sujud nak mengadu dekat Allah guna bahasa melayu pun boleh tapi jangan lafaz, sekadar baca di hati.

Kalau rasa susah, takpe take time. Step by step yang pasti kena ada progress dan usaha. Takkan sampai kita tua nak solat hanya sekadar baca tanpa faham makna, kan? Rugi la kalau macam tu

Solat ni macam ubat tapi ubat hanya berkesan bila kita tahu jenisnya dan cara makannya. Kalau sekadar telan tanpa tahu apa fungsinya, maka kita takkan sihat malah mungkin bertambah mudarat. Itu baru ubat, belum cerita pasal solat, perkara pertama yang disoal bila mati nanti