Alhamdulillah hari ni dapat temankan salah seorang asnaf untuk appointment di hospital. Sambil duduk tunggu giliran, teringat satu hadis Nabi SAW yang simple tapi sangat kena dengan hidup kita. Nabi kata ada dua nikmat yang ramai manusia selalu lupa ialah nikmat sihat dan nikmat masa lapang. And honestly, it makes so much sense. Sebab bila kita sihat, semuanya rasa biasa je.
Kita boleh bangun pagi, jalan, makan, pergi kerja, urus anak, keluar masuk rumah, semua tu kita anggap normal. We don't even think about it. Padahal itu semua sebenarnya nikmat. Allah sendiri sebut, "Apa shj nikmat yg kamu ada, smuanya dtg dari Allah" tapi sebab kita dah lama hidup dalam keadaan sihat, kita jadi terbiasa. Sampailah satu hari bila Allah tarik sikit, baru kita sedar, eh rupa-rupanya nikmat ni mahal.
Imam Al-Ghazali pernah kata, bila seseorang itu jatuh sakit, dia sebenarnya cuma ada satu masalah saja iaitu nak sihat balik. Masa tu, benda lain semua jadi tak penting sangat. Duit, kerja, stress, semua macam hilang ke belakang. Yang tinggal cuma satu doa minta Allah sembuhkan.
Maybe sebab tu sakit bukan Allah nak hukum kita, but sometimes Allah nak kita slow down. Dalam hidup yang terlalu busy, kita lupa nak bersandar dan bersyukur. Tapi bila badan dah tak seperti biasa, kita jadi lebih sedar betapa berharganya nikmat yang dulu kita anggap kecil. And the beautiful part, Nabi SAW pun ajar bahawa setiap sakit yang seorang Muslim rasa, Allah jadikan ia sebagai penghapus dosa. So nothing is wasted.
Sebenarnya nikmat sihat ni sangat luas. Bangun pagi pun nikmat. Boleh gerakkan tangan dan kaki pun nikmat. Sebab tu Allah suruh kita solat lima kali sehari as a way to say "thank you" to Him. Tambah pula dengan solat sunat macam Dhuha, as a bonus gratitude. So jangan lupa dua nikmat besar ni: sihat dan masa lapang. And keep saying it, even in the simplest way, Alhamdulillah. 🤍