Ramai orang fikir, yang Allah marah ialah orang yang tak tahu agama. Yang jahil, yang tak belajar, yang kosong ilmu.Tapi sebenarnya, dalam Quran Allah mula-mula mengherdik golongan yang lain. Bukan yang jahil, tapi yang berilmu.

إِنَّ الَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّاسِ فِي ٱلۡكِتَـٰبِ أُوْلَـٰٓئِكَ يَلۡعَنُهُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُهُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ

Allah sebut dengan jelas:
Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang Allah turunkan daripada keterangan dan petunjuk, mereka itulah yang dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh semua makhluk. Surah al Baqarah ayat 159

Perasan tak ayat ni?
Allah tak kata orang yang tak tahu tapi Allah kata orang yang menyembunyikan. Maksudnya bukan masalah tak tahu. Masalahnya bila dah tahu, tapi buat tak tahu dan bila diam Itu Jadi Dosa

Sheikh al Ushaimi jelaskan tentang maksud "sembunyi ilmu". Bukan semestinya simpan buku dalam almari dan bkan semestinya tak simpan nota2 agama.

Tapi bila orang tanya perkara agama, kita tahu jawapan dan dalilnya. Kita tahu mana yang betul dan salah tapi kita pilih untuk diam. Tak nak kacau org, tak nak terasa, tak nak susah, tak nak hilang kawan. Sebenarnya, itu juga termasuk dalam menyembunyikan ilmu. Bukan sebab tak mampu tapi sebab tak mahu.

Sebab itulah Rasulullah bagi amaran berat:
"Sesiapa yang ditanya tentang ilmu, lalu dia menyembunyikannya, dia akan dipakaikan kekang api neraka pada hari kiamat."
Hadis riwayat Abu Daud

Kata Nabi, orang yang simpan ilmuakan "dikekang" dengan api neraka di mulutnya. Kenapa mulut? Sebab dulu dia guna mulut untuk diam dari kebenaran dan bukan untuk sampaikan.

Kenapa Ilmu Agama Tak Boleh Disimpan? Sebab ilmu agama bukan macam hobi, bukan macam skill biasa tapi ilmu agama ni soal iman, syurga, neraka, hidup dan mati

Cuba bayangkan ada seorang doktor dalam kapal terbang, nampak orang nazak, tapi buat tak tahu je. Orang2 akan marah, kan. Orang akan kata tak manusiawi, tak ada empati, tak layak dipanggil doktor dll. Kalau ilmu nyawa dunia pun ada tanggungjawab apatah lagi ilmu yang selamatkan nyawa akhirat.

Siapa Sebenarnya Lebih Ramai? Cuba tanya diri.
Mana lebih ramai di sekeliling kita, Orang yang sakit badan atau orang yang sakit jahil agama? Realitinya, yang jahil agama jauh lebih ramai. Ramai tak tahu solat dgn betul, tak tahu aurat, tak faham tauhid, tak tahu halal haram, tak tahu tujuan hidup dan dalam masa yang sama ada orang yang Allah dah bagi faham. Dah belajar. Dah dengar. Dah tahu dalil.

Soalan dia sekarang, Ilmu tu nak dibuat apa? Simpan atau disampaikan? 

Jadi Manusia Yang Dipilih Allah. Kalau Allah dah bagi kita faham sesuatu, itu bukan percuma. Itu amanah. Kita tak kena jadi ustaz dulu.
Tak kena ceramah atas mimbar. Cukup antara kawan dan keluarga. Cukup melalui tulisan. Cukup dengan satu perkongsian kecil. Kadang satu ayat yang kita kongsi boleh jadi sebab hidayah orang lain. Dan satu kebenaran yang kita simpan boleh jadi sebab laknat atas diri kita.

So bila Allah dah bagi kita faham, jangan jadi orang yang simpan. Jadilah orang yang sampaikan walaupun sesimple perkara. Tak mudah, faham. Tapi, kita juba ya.